Wednesday, November 18, 2009

Final Exam

Hari ni paper aku final, tak tau la student aku ni boleh jawab ke tidak, bila sampai kertas jawapan kat meja aku, tryla selak satu-satu nak tengok apa yang dijawab oleh mereka... tengok satu alamak...  mengeluh panjang aku, apa tak nya soalan yang sama ditanya dalam midterm test masih lagi ramai yang tak boleh jawab.. adussss salah aku ke????  nak tolong macamana lagi la dia orang ni, ini kalau mood tak baik tak boleh nak marking, naya ni... kena jiwa aku tenang baru boleh marking.  Pada hal soalan dah keluar kuiz dah keluar midterm masih lagi salah,,, tak study ke atau tak faham apa yang aku ajar ni buat aku confuse.  Cuma aku doakan janganlah ada yang repeat paper ni, rasa berdosa lah pulak...


Tuesday, November 17, 2009

Meeting....

Hari ni pukul 10.00 dah kena pi meeting.. memang malas betul rasanya, apa kan daya kerjakan... kenalah dikerjakan.  Bukan apa meeting dengan supplier untuk program BE.  Habis meeting pukul 12.30, walau pun tidak ada apa untuk diperbincangkan tapi lama juga tu... habislah kueh dua ketul dan teh secawan.  

Monday, November 16, 2009

Kasut Crocs murah 2nd gred

Semalam aku terpaku tengok kasut crocs murah....  so terbelila,,,  cuma terfikir kalau aku buat bisnes ada orang nak beli ke... kalau ada orang yang terminat dengan dengan crocs ni bolehlah contact aku, sure murah punya...

yang ni harganya cuma RM 22.00, warna pink (macam atas), brown, biru dan hijau

  yang ini RM24.00 

yang ni pulak RM20.00 

nanti aku pi tengok lagi, kalau ada model yang cantik2 aku uploadkan kat sini.



Isnin yang hujan....

Hari ni, punya la malas nak bangun sbb hujan... nasib baik semua anak aku tak ke sekolah so boleh lah aku bangun lambat sket...  setakat aku menulis ni hujan masih lagi tak berenti , memang dah musim dia... yang bestnya sejuk....  aircond dah dislowkan pun masih lagi menyucuk tulang.. tapi aku seronok dengan cuaca yang macam ni cooooool.. dan syahdu aja rasanya.  

Hari ni sampai office ada announcement kata internet akan down bermula pukul 12.30 so apa lagi aku pulun gunak internet sebelum 12.30 ni la, bayar bil mana yang patut dulu, upload la dulu apa yang patut, lepas tu barulah mula kerja... hari ni bos aku tak nampak muka sibuk kot... tapi bila dia keluar bilik nanti adalah habuan untuk semua orang, siap sedia je la... yang aku tau aku kena buat gimik untuk program BE yang akan dirasmikan oleh menteri.  Hingga sekarang aku tak dapat lagi idea nak buat gimik ni.. malas betul nak fikir... sesapa yang baca blog ni boleh tolong fikirkan tak.


Monday, November 9, 2009

Isnin yang suram....

eee malasnya rasa nak pi keja hari ni, yang pelik tu mata tak boleh lelap dah, belum subuh dah bangun terkebil-kebil, siap gosok baju pegi dapur buat mee goreng.. husband bawak bekal lagi tu, pukul 8.00 baru keluar rumah.  Hantar angah sekolah dulu dan 8.25 baru sampai office.  Sampai kat meja, malasnya rasa, badan macam lesu aja... ku gagahkan juga surf Internet cari tutorial dreamweaver untuk siapkan modul.. dalam malas-malas ni siap juga satu modul. Lepas tu mula lah aku merewang tak tahu nak buat apa (sebenarnya macam-macam benda menunggu untuk dibuat tapi malas.... ).

Lepas makan tengahari menyiapkan brosur untuk BE.  Lepas tu dapat emel dari kawan tentang sinopsis cerita nurkasih... yessss  aku dah tau dia punya ending best giler... walau macamanapun aku nak tengok gak cerita dia sampai habis. Ini dia punya link :

 http://www.scribd.com/doc/20226334/Nur-Kasih-Full-Version-by-OhArtis-Dot-Com

sesiapa yang berminat bolehlah membacanya, lega aku bila dah baca, kalau tertinggal tu tak lah rugi sangat rasanya...

ok aku dah nak balik, habis la sudah monday yang membosankan.



Thursday, November 5, 2009

Sos lada hitam mudah

Hari ni aku keluar tajuk sket, nak kongsi resipi plak,  jangan tak tau hari ni aku relax sbb bos tak ada.  Hari ni aku nak kongsi resipi sos lada hitam mudah, resipi ni aku dapat dari biras aku.  Selalunnya resipi ni aku makan dengan ayam dan daging panggang. Kadang-kadang anak aku makan dengan ayam goreng, macam chicken chop la pulak.. tambah la coleslaw dan french fries..  dah selamat RM10.00 (chicken chop kat kedai).  Sebelum tu aku nak berterima kasih kat biras aku puan Zainaf Samah, memang berbaloi-baloi resipi yang dia bagi ni.  Ini dia resipinya :

1 botol sos lada hitam botol kecil

1 tin sup cendawan campbell

4 sudu besar tomato sos

1 biji bawang besar

air, sedikit garam

cara:

Tumis bawang besar sampai kuning, masukkan sos lada hitam, masukkan air dalam botol sos lada hitam tadi dan goncang2 sampai bersih masukkan air tadi ke dalam periuk.   Masukkan sup cendawan, masukkan air ke dalam tin cendawan tu (bersihkan tin) masukkan airnya ke dalam periuk.  Masukkan sos tomato dan garam.  Kacau sampai pekat, kalau pekat sangat tambah air, kalau tak cukup masin tambah garam, kalau nak manis tambah gula, kalau tak cukup masam tambah tomato sos, kalau rasa macam tak cukup lada hitam tumbuk lada hitam biji tu tambahkan aja, kalau tambah lada hitam biji ni sebenarnya lagi sedap sebab bau dia lagi naik dan lagi pedas.  Terpulanglah pada diri sendiri untuk menambah rasanya, cuma basicnya itulah bahan-bahan di atas tadi.  

Selamat mencuba... sebenarnya aku nak masukkan resipi ni kat myresipi.com tapi tak boleh nak log in pulak, tak taulah apa masalahnya, so aku post kat sini je la..   kawan-kawan yang dah cuba tu silalah komen


WIFE FROM HELL

A police officer pulls over a speeding car. The officer says,'
I clocked you at 80 miles per hour, sir.'

The driver says, 'Gee, officer, I had it on cruise control at 60;
perhaps your radar gun needs calibrating. '

Not looking up from her knitting the wife says: 'Now don't be silly,
dear -- you know that this car doesn't have cruise control.'

As the officer writes out the ticket, the driver looks over at his wife and growls,
'Can't you please keep your mouth shut for once !! ?'

The wife smiles demurely and says, 'Well dear you should be thankful your radar detector went off when it did or your speed would have been higher.'

As the officer makes out the second ticket for the illegal radar detector unit, the man glowers at his wife and says through clenched teeth, 'Woman, can't you keep your mouth shut?'

The officer frowns and says, 'And I notice that you're not wearing your seat belt, sir.
That's an automatic $75 fine.'

The driver says, 'Yeah, well, you see, officer, I had it on, but I took it off when you pulled me over so that I could get my license out of my back pocket.'

The wife says, 'Now, dear, you know very well that you didn't have your seat belt on. You never wear your seat belt when you're driving.'

And as the police officer is writing out the third ticket, the driver turns to his wife and barks, 'WHY DON'T YOU PLEASE SHUT UP??'

The officer looks over at the woman and asks, 'Does your husband always talk to you this way, Ma'am?'

(I love this part)

'Only when he's been drinking.!!'


source: mumbaihangout.com


Tuesday, November 3, 2009

Diet for Stress Management Slideshow: Stress-Reducing Foods

Diet for Stress Management Slideshow: Stress-Reducing Foods

Meeting !!!!

Hari ni masuk kerja, ingat nak rehat rasa macam malas je...  tup-tup roomate kata ada meeting dengan supplier pukul 10.00 pasal BE.  Ingat program BE ni nak buat kecil-kecilan je rupanya pak menteri yang nak rasmikan so jadi lah event yang besar.  Nasib baik supplier ni nak tolong banyak jugak.. nak sponsor door gift, nak sponsor penceramah, nak tolong jadi usherer so kira ringan sikit la kerja kita orang.  Kami cuma sediakan tempat dan makan minum.  Peserta kita kena cari. biasa la tu....  Yang tak tahannya bila melibatkan pak menteri ni, protokonya, speechnya semua nak kena sediakan.  Cuma aku mintak sangat-sangat janganlah semua benda dah ready, tiba-tiba pak menteri tak jadi datang cuma timbalan atau ksu aja yang datang.  Memang sakit hati betul... Aku harap program BE kali ni tak ada benda yang menyusahkan, technically semuanya ok.  Supplier yang nak join ni pun kira macam ok je.. boleh kerja in a team lah. Habis meeting pukul 12.30,  lepas meeting rasa lapar dan terus pi makan.  Mengantuk oooiii ni yang menulis ni.. kot-kot boleh hilang ngantuk.  Tengok roomate aku semuanya senyap je, entah-entah macam aku kot ngantuk... kekenyangan lepas makan....

Thursday, October 29, 2009

Bulan yang sibuk!!!!

Sebaik sahaja mula bekerja selepas cuti seminggu sempena raya... ooooohhh minggu yang amat sibuk,. Aku mula bekerja 28 september, hari ni due date nak kena hantar soalan final student diploma... so tak berganjak dari kerusi bertungkus lumus menyiapkan soalan. 29 dan 30 september ada kelas untuk puspanita office aku, mengajar ahli puspanita melayari Internet dan buat blog. Sambung lagi kelas diploma... rasa macam nak cuti tapi tak dapat, penatnya.... Masuk minggu 5 Oktober kelas MS access 5 hari sehingga Jumaat, Masuk minggu 12 oktober kelas PC maintenance 3 hari dan sambung pulak kelas diploma pada hari Khamis. Lepas tu buat preparation untuk pegi singapore untuk menghadiri workshop ICA Asia Pasifik selama dua hari. Di samping tu aku kena menyiapkan buletin koop yang ketiga (oktober punya) ahhh aku kena print out buletin ni selewat2nya hari selasa. Hari rabu aku terpaksa amik cuti sbb baby sitter aku (my cousin) berangkat ke tanah suci mekah. Hari Khamis tu aku dah fly ke singapore hingga hari Sabtu. Masuk kerja hari Isnin 26 Oktober ada meeting pulak... untuk buat bicara esektutif pada Dicember. Hari Selasa dan Rabu ada bengkel penerbitan yang aku kena jadi pesertanya. Hari ni, hari khamis kelas terakhir aku dengan student diploma. Minggu depan dia orang dah final.. so selepas kelas ni la, betapa leganya kepala otak aku ni. Malam tadi aku tidur dua jam aja sbb nak mengira markah carry mark dia orang tu (139 student). Bukan nak tunjuk rajin bawak kerja balik ke rumah tapi dah terpaksa sbb kat office memang tak ada masa. Kalau boleh tak nak aku bawak balik kerja, habis office hour tu dah cukup lah tutup buku, tapi apa kan daya den terpakso... So hari ni aku melepaskan segala penat lelah dan petang ni dapatlah aku rehat. Betapa leganya... dapatlah aku meluangkan masa untuk menulis blog ni, rasanya ada sebulan aku tak menulis.. betul2 tak ada masa. Kawan aku Cik Sembang tu dah berapa post masuk tapi aku nak baca pun tak sempat. Tapi tak apa rasanya lepas ni aku dah boleh menulis dan membaca semula. Itulah kerja namanya... la--la...la be happy

Ini ada satu gambar yang sempat aku download dari peserta Indonesia semasa workshop di singapore, gambar lain belum sempat transfer lagi.. tunggu... thansk heira

Tuesday, September 29, 2009

Selesai....

Alhamdulillah... selesai juga nota aku, soalan kuiz dan nota blog... lega... sempat aku membaca facebook dan blog kegemaranku... 

Tiba-tiba....  ada satu kerja menanti due date hari Khamis ni... buletin aku kena siapkan.. fening sebab artikelnya belum lengkap macamana aku nak siapkan buletin tu, artikenya baru dapat 20% aja... eee serabut gak kepala nak kejar artikel dari penyumbang-penyumbang ni... takkan aku nak tulis sendiri artikel  tu.... tak pa esok masih ada, selepas kelas besok aku akan kerjakan buletin tu, kalau tak siap aku bawak balik.. (terpaksa... kerja punya pasal  be happy).  

Hari ni printer kat bilik aku rosak pulak... tak boleh aku nak print nota dan kuiz.. nampak gayannya kena lah aku menumpang kat bilik orang lain walau macamana pun kerja mesti diteruskan... 

Hari ni juga aku menambah satu lagi blog di myopera.com.. okey gak web tu,,, bolehlah aku tulis apa-apa 


Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya... dah start kerja balik

Hari ni bukan main liat lagi nak pergi kerja... nak mula balik rutin harian ni malas betul rasanya...
Macam biasa hantar ijoy ke sekolah agama, hantar keby ke rumah mak ngah... dan lepas tu aku ke tempat kerja... apa lagi kerja la...

1. Aku nak habiskan buat nota multimedia untuk kelas diploma minggu ni
2. Aku masukkan markah midterm test dia orang ke dalam sistem
3. Uploadkan nota dan keputusan peperiksaan ke mylaman.webs.com
4. Emelkan nota internet dan blog pada rakan-rakan yang akan mengajar besok dan lusa termasuk la aku ni
5. Study ms access untuk kelas minggu depan (kalau sempat)
6. Prepare payment untuk seminar ica di singapore
7. Buat soalan kuiz untuk student aku minggu ni

eee rasanya ada banyak lagi ni... hari ni aja aku ada masa, besok dan lusa, khamis dah ada kelas, seterusnya minggu depan 5 hari berturut-turut dan minggu seterusnya 4 hari lagi... tak sempat lah aku nak beraya ni...

itulah namanya kerja la-la (mesti seronokkan diri sendiri supaya tak tertekan

Wednesday, September 16, 2009

Mesyuarat lagi.....

Aduhhh hari ni aku ada tiga mesyuarat..... (macam sibuk bebeno) tapi hakikatnya memang sibuk pun (ari ni je....). 8.30 pagi je bos kata ada meeting pusat.... masa tu la baru terhegeh-hegeh nak print minit... apa la urus setia ni... kalau bagi hard copy awal-awal lagi kan senang... tengah print, printer rosak pulak.... (mula la nak marah ni... ).  Lepas meeting pusat sambung pulak meeting dengan supplier untuk program Tea Talk... sampai pukul 12.45.   Tiba-tiba teringat la pulak biskut raya belum ambil... terus pergi ambil biskut raya (raya... punya pasal mana boleh lupa)... sibuk macamana pun raya tetap raya..., ingat lunch hour nak melelapkan mata sekejap.. tak boleh lah pulak teringatkan nota untuk kelas 29 september ni nak kena hantar untuk printing. Kena hantar cepat sebab minggu depan dah cuti raya... walau macamanapun aku kena hantar hari ini atau besok sebab Jumaat ni aku dah cuti raya (seronok..).  Bertungkus lumus aku mengedit nota ni yang dah sedia ada ni.  Tengah dok leka edit nota, baru teringat aku ada meeting lagi pulul 2.30 pm, berkejar aku ke surau... (belum solat lagi).. habis meeting dah pulul 4.15 eeee... dah nak balik... cepatnya masa berlalu, kalau dah sibuk tu terasa macam sekejap je satu hari tu...  kenapa lah hari ni aku sibuk sangat...

Itulah kerja namanya.... mestilah dikerjakan.. gaji nak, kerja pun kena buat lah kan....  aku sepatutnya kena bersyukur dengan kerja yang ada ni, cuma guna otak aja bukan tulang empat kerat pun, duduk pulak tu bilik berhawa dingin bukannya tengah panas terik... syukur alhamdulilah apa yang ada.... (semoga  rezeki yang ku dapat ni diberkati Allah s.w.t)

Monday, September 14, 2009

Browser Opera 10 turbo

Browser opera 10 turbo

Aku baru install opera 10 turbo, yang mana sebelum ni memang aku pakai opera, dan baru ni opera upgrade pada opera 10. yes.... bagus senang guna, yang penting laju dan yang bestnya boleh sign in kat myopera.com. Di myopera kita boleh tengok bookmark di mana kita berada dan boleh upload file lagi.. Kalau nak softwarenya dan rasakan kebagusannya cuba download kat opera.com atau di sini.

Browser opera 10 turbo

Aku baru install opera 10 turbo, yang mana sebelum ni memang aku pakai opera, dan baru ni opera upgrade pada opera 10.   yes.... bagus senang guna, yang penting laju  dan yang bestnya boleh sign in kat myopera.com.  Di myopera kita boleh tengok bookmark di mana kita berada dan boleh upload file lagi..  Kalau nak softwarenya dan rasakan kebagusannya cuba download kat  opera.com atau di sini.


Selamat mencuba....

Mentor - mentee

Mula2 dengar berita ni, organisasi aku nak buat program mentor mentee staff... aku mula tertanya-tanya "apa ke jadahnya" nak buat kat sini, aku yang jadi mentor pada dua orang student ni pun tak terlayan....  tapi bila dah dengar taklimat tu pagi tadi... oooo barulah aku sedar betapa penting dan berfaedahnya program ni untuk organisasi, tak semestinya untuk student saja..   dari program ni dapat membuat penambahbaikan pada organisasi dan yang pentingnya apa yang kita tak puas hati kita boleh luahkan kat mentor dan semua yang kita bincangkan akan didokumenkan.  Mentor pula akan bawa segala permasalahan ke pengurusan atasan untuk dibincangkan dan seterusnya untuk dibuat penambahbaikan..... kan bagus tu....

Memang pada mulanya rasa macam tak boleh nak terima aja apa penceramah tu cakap.. tapi bila dah dengar betul2 dan banyak pula soal jawab, barulah faham akan faedahnya kepada kita dan organisasi.  Begitulah adanya.... sekarang ni tengah fikir dan tercari-cari siapalah yang akan menjadi mentorku....


Wednesday, September 2, 2009

nota multimedia

hari ni aku rasa dingin.... sebab apa, hujan .... alhamdulilah ... harap-harap dapatlah mehilangkan kepanasan sebelum ni, dan yang pentingnya sakit tekak aku dah semakin berkurangan... kalau tak peritnya... Tuhan aja yang tau..  tengah berfikir-fikir nak buang ke tidak tonsil yang aku hidapi ni, kalau fikirkan operation theatre tak sanggup.... takut....

berbalik pada tajuk aku hari ni, kononnya nak buat nota multimedia untuk student aku, untuk topik yang ke 10.  Nota lama ada tapi macam out dated je... biasala ICT ni sentiasa berubah-rubah.. so sekarang ni tengah cari bahan yang terkini la ...  dah penah searching, conteng sket kat blog ni untuk mencurahkan perasaan...  dah banyak nota aku cilok dari website orang ni, tinggal nak olah balik mengikut kesesuaian silibus ini je.. 

kadang-kadang rasa frust gak, bila aku dalam kelas bercakap sorang-sorang nampak macam student aku ni di alam lain je... macam  cerita twilight zone je... tapi kalau fikir balik tak jadi nak marah sbb mereka ni sapa dan aku sapa... sabar jela ......

aku cuma mampu berdoa semoga apa yang aku sampaikan ni dapat diterima oleh mereka seadanya...

Tuesday, September 1, 2009

Al Quran Terjemahan secara Online

Ini ada site laman web alquran terjemahan untuk panduan kita semua. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat bersama.

AlQuran dalam bahasa melayu sahaja

Alquran dalam bahasa arab dan melayu

Semoga dalam bulan puasa ni sama-sama kita khata quran kalau tak sempat bahasa arab, sekurang-kurangnya bahasa melayu

Friday, August 21, 2009

Ceramah elaun perintah am bab b

semalam aku menghadiri taklimat berkenaan dengan elaun perintah am bab b, rupanya banyak juga benda yang aku tak tau dan terasa rugi pun ada sbb tak buat claim.

Ini ada slide presentationnya 

Friday, August 14, 2009

Whole sale metrojaya.....

waaa hari ni aku pi shopping sakan kat stadium malawati... ada whole sale metrojaya...

punyalah ramai orang, tapi digagahkan jugakla....

PCB oh PCB

Pagi ni dengar ceramah dari LHDN berkenaan dengan PCB, sekarang ni kita boleh declare perbelajaan yang dikecualikan cukai (beli buku, peralatan sukan) secara bulanan untuk mengurangkan jumlah potongan PCB kita.  Bagi pendapat aku ini bagus untuk mengelakkan dari potongan PCB tu tinggi.  Jadi gaji tu dapat lah lebih sket.. dari sudut lain pulak LHDN tak lah perlu lagi nak menyediakan cek untuk bagi balik kat orang yang terlebih potong tu....  tak gitu.  win win situation lah ni.... 

Kesimpulannya: kalau belanja kepada benda yang boleh dikecualikan dari cukai tu simpanlah resitnya dan bolehlah declare secara bulanan (untuk mengelakkan PCB tu potong banyak) atau boleh delcalre tahunan pun (senang kalau dah dokumen dah ada) manalah tau tiba-tiba LHDN datang buat audit pulak... 

mana rasa senang di hati buat la.... lu fikir lah sendiri nabil....

slide ceramah

Wednesday, July 8, 2009

Bengkel Membangunkan Laman Web Koperasi

Jumpa lagi tuan-tuan, pada 13 Julai hingga 16 Julai ini kelas Bengkel Membangunkan Laman Web Koperasi akan di adakan. Tahniah kepada tuan-tuan yang dipilih untuk menghadiri kelas ini. Saya telah selesai membuat pemilihan dan saya minta maaf jika nama tuan-tuan tidak ada di dalam senarai, mungkin ada sebab kenapa nama tuan-tuan ditolak.

Saya minta maaf dengan tuan-tuan kerana saya tidak dapat mengendalikan kelas ini kerana saya bertukar kelas dengan kelas Pengurusan Masa yang akan diadakan pada 27 Julai hingga 29 Julai. Insyaallah kita akan berjumpa dalam kelas Pengurusan Masa nanti.

Walau bagaimana pun, saya telah meletakkan semua nota kelas dan nota tambahan untuk rujukan tuan-tuan di laman web saya (mylaman.webs.com). Tuan-tuan bolehlah muat turun nota tersebut dari laman web itu. JIka terdapat sebarang kemusykilan, jangan risau, tuan-tuan bolehlah menghubungi saya melalui email dan Yahoo Messenger (cdah3@yahoo.com)

Sekian, Terima Kasih

Friday, June 5, 2009

Yahoo! Zimbra Desktop

Yahoo! Zimbra Desktop adalah klien secara offline yang membolehkan anda mengelola berbagai akaun e-mel dalam satu tempat. Zimbra mail, Yahoo! mail, Gmail, AOL, Outlook dan akaun e-mel peribadi menggunakan POP atau IMAP mudah diurus di Yahoo! Zimbra Desktop. Setiap akaun yang dikendalikan secara terpisah. 

Setelah anda membuka akaun, maka e-mel didownload ke komputer anda dan dapat diakses tidak mengira sama ada anda bersambung ke Internet atau tidak. Semua akaun e-mel dapat dibaca, dibalas, dialih dan dihapus dari Yahoo! Zimbra Desktop. 
  
Jika anda menerima e-mel baru di salah satu akaun, jika anda ada sambungan ke Internet, maka e-mel akan didownload secara automatik ke akaunYahoo! Zimbra Desktop. 

Download Yahoo! Zimbra Desktop di sini

Wednesday, May 13, 2009

Friday, April 24, 2009

100 perkara boleh dan tidak boleh dalam merekabentuk laman web

Terdapat 100 perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa merekabentuk laman web.  Untuk mengetahui apakah 100 perkara tersebut sila download ebook ini di sini.  Buku ini percuma dari spiderpro.  Semoga buku ini dapat menjadi panduan tuan-tuan semasa membina laman web.

selamat mencuba

Tuesday, March 31, 2009

Lihat Gambar Dapat Duit

Satu laman web yang menyediakan tempat untuk berkongsi gambar, yang mana jika anda uploadkan gambar di sini dan jika satu gambar dilihat oleh orang lain ia akan menjana 0.002 sen USD.  Untuk keterangan lanjut sila klik di sini (shareapic.net)