Aduhhh hari ni aku ada tiga mesyuarat..... (macam sibuk bebeno) tapi hakikatnya memang sibuk pun (ari ni je....). 8.30 pagi je bos kata ada meeting pusat.... masa tu la baru terhegeh-hegeh nak print minit... apa la urus setia ni... kalau bagi hard copy awal-awal lagi kan senang... tengah print, printer rosak pulak.... (mula la nak marah ni... ). Lepas meeting pusat sambung pulak meeting dengan supplier untuk program Tea Talk... sampai pukul 12.45. Tiba-tiba teringat la pulak biskut raya belum ambil... terus pergi ambil biskut raya (raya... punya pasal mana boleh lupa)... sibuk macamana pun raya tetap raya..., ingat lunch hour nak melelapkan mata sekejap.. tak boleh lah pulak teringatkan nota untuk kelas 29 september ni nak kena hantar untuk printing. Kena hantar cepat sebab minggu depan dah cuti raya... walau macamanapun aku kena hantar hari ini atau besok sebab Jumaat ni aku dah cuti raya (seronok..). Bertungkus lumus aku mengedit nota ni yang dah sedia ada ni. Tengah dok leka edit nota, baru teringat aku ada meeting lagi pulul 2.30 pm, berkejar aku ke surau... (belum solat lagi).. habis meeting dah pulul 4.15 eeee... dah nak balik... cepatnya masa berlalu, kalau dah sibuk tu terasa macam sekejap je satu hari tu... kenapa lah hari ni aku sibuk sangat...
Itulah kerja namanya.... mestilah dikerjakan.. gaji nak, kerja pun kena buat lah kan.... aku sepatutnya kena bersyukur dengan kerja yang ada ni, cuma guna otak aja bukan tulang empat kerat pun, duduk pulak tu bilik berhawa dingin bukannya tengah panas terik... syukur alhamdulilah apa yang ada.... (semoga rezeki yang ku dapat ni diberkati Allah s.w.t)
No comments:
Post a Comment