Monday, August 30, 2010

Travel Log India 25 Jun 2010 (Jumaat)






Pagi ni janji ngan B.Patil pukul 8.30 kena ada kat APMC sebab nak melawat Market Yard, pukul 8.00 dah janji ngan driver kereta sewa suruh datang kat hotel, tunggu punya tunggu sampai pukul 9.00 pun tak sampai lagi.. apa punya janji da... last call patil cakap ngan dia kita orang tak ada transport dan dia minta kami guna kereta  hotel dan dia akan tunjuk jalan kat mana arah pada driver hotel tu, so naikla kereta hotel, sampai kat APMC dia dah tunggu dan ingatkan ada kereta nak hantar kita orang ke MY rupanya dia pun sama naik kereta hotel mintak hotel hantarkan ke MY.  Sampai kat MY mak aiii .... punyal la ramai manusia rupanya dia tengah memperingati hari kematian pengasas MY ni, patutla... tempat pertama yang kita orang tuju adalah pasar buah.  MY ni sangat besar seluas 190 ekar, terbahagi kepada sayur, bijirin, rempah, kambing, bawang dan ubi kentang, buah-buahan, bunga, yang sempat kami tengok buah, sayur, pisang, bawang, kentang.  Penat jugalah memusing dalam pasar tu, tau je la pasar dia macamana dengan crowded dan kotornya, tapi pergi dengan pegawai dia so kami jadi macam VIP la, bila kita nak lalu semua petani tu ketepi.. rasa macam bestja, bila nak amik gambar dia orang siap posing lagi.. dan ada tu macam tak pernah tengok digital camera pun ada.  

Tengok mereka melelong bawang, kentang dan limau nipis.  Kat sini cara jual cara lelong, setiap hasil tani ada commission agent so agen ni tolong lelong di bawah pemantauan pegawai dari APMC.  Pegawai APMC akan catit harga tertinggi hasil tani dan publish kan laman web, memang canggih sistem ni, so untuk besok dia orang ni dah tau apa harga siling sesuatu barang.  Selepas lelong selesai agen akan bagi duit kat petani secara terus.  

Kalau petani ni tak nak pakai agent untuk lelong sayur, petani ni boleh tunggu pukul 2.30 petang di mana dia orang boleh jual secara direct kepada pembeli mengikut harga siling pagi tadi.  Selalunya kalau macam ni untuk petani yang mempunyai hasil tani yang sikit atau untuk pembeli yang membeli secara runcit.  Para petani ni juga disediakan tempat rehat dengan bayaran yang sangat minimum iaitu Rp5.00 sahaja, tapi malangnya kami tak ditunjukkan tempat rehat tu macamana rupa dia.  

Selepas penat melawat persekitaran pasar, kami dibawa ke pejabat APMC di dalam pasar itu sendiri di mana pejabat ini menempatkan pegawai-pegawai yang menyelia pasar ini.  Lepas minum secawan "chai" ingatkan boleh balik hotel, tak... rupanya si patil ni bawa kita orang ke pejabat di dekat MSAMB, apa lagi lecture time lagi la... aduuuu penatnya dengar lecture dia tentang MSAMB la pulak.. Nak memahamkan telo dia tu yang sakit telinga.  Jaja dah bagi signal perut dah memulas, apa taknya dah dekat pukul 2 mana tak lapar,  sementara tu dengarlah orang azan, ooo barula ingat hari ni hari jumaat ada sembahyang jumaat di masjid berhampiran.  Khutbah jumaat di dalam bahasa Marathi sangat jelas kedengaran dan menurut en patil ni, dia orang memberikan kelonggaran kepada orang muslim untuk keluar bersembahyang jumaat.  sama macam kat sini jugak la.

En patil ni perasan yang jaja dah tunjuk signal lapar so dia cakap, "wait, we will go out for lunch at 2.30" legaaaa bila dengar cakap macam tu.  Ingat pergi makan naik kereta rupanya dia pegi tahan auto rickshaw kat tepi jalan so kita orang berhimpitla tiga orang di dalam satu rickshaw.  Dalam perjalanan patil ni berenti kat bank keluarkan duit. alamak... kesian pulak tengokkan nak belanja kita orang sampai pegi bank keluarkan duit, itulah kehidupan kat india ni tak semua orang senang macam dalam filem hindustan tu.. semuanya fantasi saja... kena tipu hidup=hidup la kita ni yang mengagung-agungkan cerita hindi tu.  

Sampai la kami ke satu restoran yang dikira macam mahal la, klu kat malaysia tu standard syed restoran la kot.  kami dijamu macam biasa pratha, yogurt, sayurrrrrr. Lepas makan di beri sirih untuk dikunyah dan manisan yang teramat manissss.  harga makanan tu lebih kurang RM35.00 untuk tiga orang makan, kira ok la kan en patil ni bayar.


Lepas makan, kita orang balik hotel rehat.... kekenyangan dan keletihan dengar lecture en patil.