Friday, July 11, 2008

Kursus MTCP 2008


Berjumpa lagi tuan-tuan,

Hampir lebih sebulan saya tidak menulis di blog kerana sibuk mengendalikan kursus MTCT - Certicficate in Cooperative Desktop Publishing dari 9 Jun hingga 5 Julai 2008.  Baru hari ini segalanya selesai.  Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 23 orang peserta dari 18 negara.  Mereka dari negara Bhutan, Cambodia, Fiji, Indonesia, Jordan, Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Tonga, Tanzania, Uganda, Zambia, Nepal, Vanuatu, Kyrgyz, Laos, Vietnam dan Malaysia.  Selain dari pembelajaran dalam kelas mereka juga didedahkan dengan beberapa lawatan sambil belajar.

Minggu depan saya akan mengajar kelas Asas Komputer selama 5 hari,  insyaallah selepas minggu depan barulah saya free untuk menulis lagi dan berkongsi maklumat dengan tuan-tuan.