Thursday, October 29, 2009

Bulan yang sibuk!!!!

Sebaik sahaja mula bekerja selepas cuti seminggu sempena raya... ooooohhh minggu yang amat sibuk,. Aku mula bekerja 28 september, hari ni due date nak kena hantar soalan final student diploma... so tak berganjak dari kerusi bertungkus lumus menyiapkan soalan. 29 dan 30 september ada kelas untuk puspanita office aku, mengajar ahli puspanita melayari Internet dan buat blog. Sambung lagi kelas diploma... rasa macam nak cuti tapi tak dapat, penatnya.... Masuk minggu 5 Oktober kelas MS access 5 hari sehingga Jumaat, Masuk minggu 12 oktober kelas PC maintenance 3 hari dan sambung pulak kelas diploma pada hari Khamis. Lepas tu buat preparation untuk pegi singapore untuk menghadiri workshop ICA Asia Pasifik selama dua hari. Di samping tu aku kena menyiapkan buletin koop yang ketiga (oktober punya) ahhh aku kena print out buletin ni selewat2nya hari selasa. Hari rabu aku terpaksa amik cuti sbb baby sitter aku (my cousin) berangkat ke tanah suci mekah. Hari Khamis tu aku dah fly ke singapore hingga hari Sabtu. Masuk kerja hari Isnin 26 Oktober ada meeting pulak... untuk buat bicara esektutif pada Dicember. Hari Selasa dan Rabu ada bengkel penerbitan yang aku kena jadi pesertanya. Hari ni, hari khamis kelas terakhir aku dengan student diploma. Minggu depan dia orang dah final.. so selepas kelas ni la, betapa leganya kepala otak aku ni. Malam tadi aku tidur dua jam aja sbb nak mengira markah carry mark dia orang tu (139 student). Bukan nak tunjuk rajin bawak kerja balik ke rumah tapi dah terpaksa sbb kat office memang tak ada masa. Kalau boleh tak nak aku bawak balik kerja, habis office hour tu dah cukup lah tutup buku, tapi apa kan daya den terpakso... So hari ni aku melepaskan segala penat lelah dan petang ni dapatlah aku rehat. Betapa leganya... dapatlah aku meluangkan masa untuk menulis blog ni, rasanya ada sebulan aku tak menulis.. betul2 tak ada masa. Kawan aku Cik Sembang tu dah berapa post masuk tapi aku nak baca pun tak sempat. Tapi tak apa rasanya lepas ni aku dah boleh menulis dan membaca semula. Itulah kerja namanya... la--la...la be happy

Ini ada satu gambar yang sempat aku download dari peserta Indonesia semasa workshop di singapore, gambar lain belum sempat transfer lagi.. tunggu... thansk heira