Tuesday, April 24, 2012

Blog peserta kursus

BILNAMA PENUH ALAMAT BLOG
1AFANDI AHMAD akademibolasepak.blogspot.com
2AJIRAH MD. ASRAF latahzan92.blogspot.com
3AMINAH AHDARI aqif_syifa0412.blogspot.com
4AMIR ABDUL RAHMAN MIOR HAMZAH kopalgo.blogspot.com
5AZAMMUDDIN SAISI kelabidt419.blogspot.com
6AZLINA ABDUL AZIZ Azin2baking.blogspot.com
7BADLI SYAH OMAR hidupselama.blogspot.com
8BAHARUDDIN HJ. MOHD. YUSUP kopjai.blogspot.com
9FADZLAN FADZIL pemanduteksijb.blogspot
10FIRDAUS NOORIMAN campuranbahasa.blogspot.com
11HAFIZAL MAHAMAD asalmasukduit.blogspot.com
12HAIRISHAM OTHMAN puakasatelit.blogspot.com
13HANALIZA HASHIM hanalizahashim.blogspot.com
14ISMAIL AHMAD theriskfactors.blogspot.com
15JIRISHA SARASWATHY A/P RAJENDRAN avascribbles.blogspot.com
16MAHZABAN MD. AMINkpptbjbb.blogspot.com
17MASTURA ADIBBAH KALAMsedaptekak.blogspot.com
18MAZWANIE MOHD. NOORcitraqasehlanie.blogspot.com
19MOHAMED NOR FAIZAL MOHAMED ZAINAL9w2rpvamatureradio.blogspot.com
20MOHD. HAFIZ CHEK ROMLItanjungbesar.blogspot.com
21MOHD. IDRUS ABD. RAHMANwantot70.blogspot.com
22MOHD. ZUKHAIRI MOHD. ALItokeikedaikopi.blogspot.com
23MUHD. NABIL NAUFAL MOHD. NASIMteratakbayam.blogspot.com
24MUNIANDY A/L SUBRAMANIAMsmartlearner.blogspot.com
25MUNIRAH AB. HAMIDmaktabkoperasimalaysiajohorbharu.blogspot.com
26NASRIQ HANAFI KAMARInasriqhanafisv4.blogspot.com
27NOR AMALI MOHD. SALLEHmkdclixsterjb.blogspot.com
28NOR AZIAN HASNAN, DRcariakhirat.blogspot.com
29NORHAFIZ ZAKWAN ABU BAKAR1001selerakampung.blogspot.com
30NUR ATIQAH NAZROL SHAHRONatiqahnazrul.blogspot.com
31NUR NAJIHAH AFANDIgha-andy.blogspot.com
32RADUAN SAHATwantot70.blogspot.com
33RAJA NAHARUDDIN RAJA ARIFFINsayatakaful-nahar.blogspot.com
34RENY TAIBeryn-senja-nan-merah.blogspot.com
35ROHANI MAT NORmyanimanja.blogspot.com
36ROS SANANI OTHMANsemangatgigihrossa.blogspot.com
37RUZIAH HUSSINgeesmallzone.blogspot.com
38SITI 'AQILAH AKBARvariasikata.blogspot.com
39TENGKU MANGASA JAFFARtmj505.blogspot.com
40TENGKU NUR HAZIRAH TENGKU NASARUDDINputeri-bugis.blogspot.com
41ZULKEFLI MOHAMADjompahang.blogspot.com

Thursday, January 12, 2012

Ceramah Gores dan Menang

Pagi ni 9.30 ada ceramah "Penipuan gores dan menang" yang disampaikan oleh Supt. G/9156 Ahmad Noordin bin Ismail (Penolong Pengarah Operasi / Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman.) Pada asalnya macam malas je nak pegi tapi, tak sedap pulak sebab teringatkan kata-kata "jika menghadiri majlis ilmu, pasti kita akan dapat benda baru",.. memang tak ramai pun yang hadir. Memang rugila pada yang tak hadir tu sebab ceramah ini sangat berkaitan dengan kita dan orang disekeliling kita. Intipati yang aku dapat :


1. Jangan percaya dengan taktik gores dan menang ni, ini cuma satu strategi pemasaran saja

2. no such thing kalau kita menang hadiah, tapi kena bayar dulu (tak logik)

3. hadiah yang ditawarkan tu tak berbaloi dengan apa yang kita bayar

4. memang kita akan diberikan janji manis - kerana mereka ini dilatih (jangan salahkan mereka, salahkan diri sendiri)


Semasa sesi soal jawab, terdapat soalan berkaitan dengan penipuan di Internet, dan penceramah juga menceritakan tentang scam ini, ada beberapa jenis scam :


1. parcel scam (dikatakan kita menerima satu parcel tetapi tersangkut dikastam, untuk mendapatkan parcel tu kena bayar certain amount - memang tak logik jangan percaya)

2. internet scam - suruh masukkan duit ke akaun orang lain

3. sms scam - kata kita menang hadiah, suruh datang amik hadiah dan kena bayar (semua penipu)

4. emel scam - kata ada harta yang tidak dituntut, dikatakan nama kita telah dipilih untuk menjadi waris harta tersebut, sila call no teleforn sekian-sekian, memang betul no tu adalah no yang real tapi bila kita call dia divert ke si penipu, mereka akan menjawab dengan cara seolah-olah orang yang betul sebab skrip depan mata. Kita terpedaya dan membayar untuk mendapatkan harta yang dikatakan bermilion itu) yang ni jangan sesekali buat - memang penipu. Menurut penceramah jika sipenipu dari Malaysia kita mungkin boleh trace tapi kalau dari negara luar selamatlah...

5. Nigeria menipu -- laaa kesian kat perempuan melayu ni kenapalah mudah sangat kena tipu, mereka menggunakan mereka untuk membuka akaun dan menumpang akaun orang malaysia untuk menipu, si pemegang akaun akan diberi komisyen per transaksi, jika polis dapat trace sapa yang kena... orang kita juga yang kena.. so jangan layan mereka ni yang mintak tumpang akaun ke. Itu belum lagi jadi kaldai dadah.


Macam tulah kisahnya untuk dikongsikan bersama pada hari ni. Semoga mendapat manfaat.


nota : teringat sepupu yang terkena dengan strategi gores dan menang ini, bila gores tiba-tiba menang pakej pergi umrah dua orang, tapi kena bayar dua ribu je, tapi Allah nak tolong dia, dalam tangan masa tu tak ada cash 2000. Katanya kalau ada memang aku bayar sebab sapa tak nak pakej pergi umrah tu dua orang bayar dua ribu je... tengok pandainya dia orang ni menipu .. ibadah digunakan sebagai bahan -- masyallah....

Friday, December 2, 2011

Final Exam ICT1113


(gambar sebelah tiada kena mengena dengan sesi 2011, ini gambar lama - terima kasih pada empunya gambar)

Alhamdulilah... syukur setelah berhempas pulas selama 14 minggu bersama dengan para pelajar, akhirnya tamat juga semester ini dan selesailah sudah peperiksaan akhir. Markah akhir pun telah selesai dikira dan dihantar untuk diberikan kepada pelajar.

Senang hati, sebab tiada seorang pun yang fail, semua lepas walau pun ada tiga orang yang paras hidung tapi sekurang-kurangnya mereka tidak perlu mengulang. Memang seboleh-bolehnya harapan ku tiada seorang pun yang gagal. Hanya seorang saja yang mampu meraih A, itu pun memang dijangkakan sebab pelajar ini memang cemerlang setiap kali kelas diadakan. A- tolak memang ramai... seronok rasanya melihat pelajar dapat menjawab soalan yang diberi. Bagi ku ini menunjukkan yang mereka faham dan tahu apa yang diajar bukan hanya sekadar datang kelas dan mendengar apa yang diceloteh oleh pensyarah. Cuma dua tiga orang yang datang kelas memang main-main dan sekadar datang kelas dengan otak kosong, dan nahh ini hasilnya hanya paras hidung.

Insyallah tahun depan akan berdepan lagi dengan pelajar baru, kali ini tidak tahu berapa ramai dan berapa kelas.

Monday, July 11, 2011

Pengenalan Teknologi Maklumat

Hari ni bertungkus lumus menyediakan nota untuk topik 2 - perkakasan- input dan output, walaupun badan tengah seram sejuk.. kena habiskan jugak nota ni, kalau tidak dah tak sempat sebab ingat hari Rabu nak cuti. Selesai nota baru teringat... apalah aku beria-ia sangat ni, sedangkan topik 1 pun belum masuk lagi. Lupa pulak minggu lepas tak mengajar, buat suai kenal aja dan cerita tentang silibus je... Tapi tak pe sekurang-kurangnya selamat aku untuk minggu depan. Dapar rehat sikit, boleh cari soalan tutorial dan kuiz pulak.

Macam tula bila kelas diploma dah mula, Tak habis-habis buat persediaan mengajar, bukannya tak bersedia tapi menambah apa yang kurang....

Nota topik 1 ada di sini mylaman.webs.com


Diploma Pengurusan Koperasi

Minggu lepas Khamis, kelas pertama untuk ICT1113 DPK telah mula, mula-mula masuk kelas ramainyaaaa 104 orang. Tiba-tiba ketua kelas bersuara "bangunnnnnn, Assalamualaikum puan". Terkejut aku, semua berdiri dan mengulang apa yang diperkatakan oleh ketua kelas - Mohd Akiff. Lepas salam dijawab, tak seorang pun duduk sehingga disuruh duduk. Aku mula terus memberi tahu, "lain kali kelas akan datang tak payah nak buat macam ni, rasa macam sekolah pulak". Sebenarnya aku rasa macam tak kena pulak buat macam tu. Biarlah dia orang ni dilayan seperti orang dewasa. Ini bukan sekolah lagi kan.

Kelas pertama ni aku tidak berniat untuk mengajar atau memberikan syarahan, cuma untuk berkenalan sahaja. Dari aktiviti yang dijalankan dapatlah aku mengenali hampir 80% dari mereka. Semua negeri ada. Selepas suai kenal aku membincangkan tentang silibus dan apa aktiviti dan assessement yang perlu mereka ketahui.

Diharapkan pelajar kali ni lebih baik dari kelas sebelum ni, good luck wahai student ku


Thursday, April 21, 2011

Majlis Konvokesyen ke 15


Para VIP di atas pentas, YB Menteri sedang menyampaikan ucapannya.


Hari ini berlangsungnya majlis konvokesyen ke 15 bagi program diploma dan sijil. Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan MKM dan para ibu bapa. Majlis yang meriah ini telah disempurnakan oleh YB Menteri. YB menteri juga turut menyampaikan sijil kepada para graduan.

Majlis yang diadakan di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya ini dimulai dengan perarakan masuk VIP dan para graduan. Naik bulu roma bila gamelan dibunyikan dan perarakan para graduan ke dalam dewan. Teringat masa kita grad dulu-dulu, ini tengok student kita pulak yang grad, terasa macam terharu la pulak.

Tahniah kepada pelajar terbaik - Radin

Maaf, gambar sedikit blur sebab snap dari skrin, biasalah masa penyampaian sijil ni tak leh nak snap gambar, hanya photographer je yang dibenarkan.

Majlis berakhir dengan jamuan makan dan sesi bergambar bersama menteri. Tahniah kepada semua anak murid ku, semoga menjadi pekerja yang cemerlang, terbilang dan gemilang.

Thursday, March 3, 2011

Majlis MoU

Baru menghadiri majlis perasmian MoU dengan Meteor dalam bidang e-learning. Sekarang kalau nak belajar dah tak ada masalah. Tak payah sibuk-sibuk nak pergi kelas, depan komputer dah boleh belajar. Yang penting dsiplin diri, kalau belajar berguru tak boleh ponteng, kalau ponteng kena marah tapi ini duduk aja depan komputer terpulang pada diri sendiri nak belajar ke tak nak. Begitulah kaedahnya zaman elektronik ni.. semuanya dihujung jari je... yang penting dsiplin diri. Kalau tak kuat dsiplin habis.... belajar entah ke mana.

Majlis tadi dirasmikan oleh Timbalan Menteri , sedapnya dengar dia bercakap kita jadi ralit, memang patut boleh jadi politician. Dengar dia bagi ucapan rasa tak jemu, rasa nak dengar lagi dan lagi... kalau jadi pensyarah mesti student suka datang kelas ni.. Bukan senang nak bagi orang ralit dengar kita bercakap ni. Banyak juga idea yang dilontarkan oleh YB tadi, antaranya koperasi di bandar boleh menjadikan perkhidmatan cuci rumah sebagai salah satu aktivitinya. Kalau di bandar nak bayar orang gaji mahal, apa kata koperasi buat perkhidmatan cuci rumah mengikut jam. Datang rumah kita, sapu, mop cuci bilik air kira dah ok tu kan... sebab benda tu yang kita tak sempat nak buat pun. Salah satu cabang bisnes baru ni... fikir-fikirkan lah..