Tuesday, October 22, 2013

facebook data bank

Thursday, October 3, 2013

Lapar....

Pagi-pagi bangun masak untuk abang yang tak pergi sekolah hari ni, ayam goreng, nugget dan hotdog cheese, dah sampai office baru teringat, masyaallah lupa masak nasi!!!.  Sampai office tak sempat nak breakfast dah kejar kelas dekat HQ.  Dalam kelas perut dah menyanyi-nyanyi lagu keroncong.  alamakkkk kelas lama lagi ni tapi perut dah lapar.  Kena pulak student susah sangat nak faham, adakah aku yang salah ajar atau memang mereka yang beb*l,   eeee gerammmm campur lapar.  Sampai pukul 10.30 pagi "apa kata kita break dulu... sebab saya belum breakfast lagi"..kata-kata aku disambut dengan sorakan kegembiraan.  semua keluar ke kantin, apa lagi pekena kue tiau goreng, nescafe ais dan telur mata kerbau.  Dah kenyang baru boleh start kelas balik.  rupanya aku yang masuk dulu tapi student lambatttt.... sakit hati lagi, memang mentaliti generasi muda sekarang macam tu ke???? salah guru ke, salah ibu bapa ke, salah sikap sendiri ke???? banyak pertanyaan bermain di minda.... sabar je lah.....

Habis kelas kawan ajak lunch tapi jual mahal sebab baru pekena kue tiau.  Apa kata sampai pukul empat perut sekali lagi menyanyi lagu tak tau lagu apa dahhh so cari kedai kat bawah, alamakkkkk kedai tutup lah pulak so ada pulak rakan yang baik hati pelawa makan roti dengan kaya, sekali lagi aku jual mahal kononya tak nak roti, nak makan benda lain.  Menonong aku keluar office, tiba-tiba seorang student datang meluahkan perasaan tentang stress dia dengan junior.  Aku layan tak layan je sorrry lah yaaaa sebab perut saaya memang tengah lapar tak boleh nak fikir dah.  Sampai luar office... ohhhhh hujanlah pulak.  Terpaksa patah balik cari balik rakan yang menawarkan roti dan kaya tadi, apa lagi makanlah benda yang kita tak nak tadi.

Moral of the story, jangan mudah menolak apa yang orang pelawa, mungkin yang kita tak inginkan tu akan membantu kita nanti.....


Thursday, May 9, 2013

Terkena lagi...

Balik dari lunch (masih belum pukul 2) telefon di meja berbunyi, hati macam berat nak angkat, tapi tak pelah angkat je lah mungikn personal call.

cik a** : akak free tak besok?
aku : rasanya tak ada apa, kenapa ya? (sebenarnya nak jawab ada hal tapi itu hal personal, lupakan la)
cik a**: besok akak boleh tolong jaga penceramah dari luar tak?
aku : penceramah luar? besok ada apa? pencearmah dari mana... orang lain tak ada ke?
cik a** : orng lain semuanya ada hal besok, sebenarnya ada seminar besok kelas kak y***, dia tak ada dia pergi a****, sekarang ni tak ada orang nak entertain penceramah luar tu... kesian student tak tau apa.
aku : sebenarnya besok saya dah janji dengan anak saya nak hantar dia pergi sekolah, boleh tak semasa seminar tu saya keluar sekejap, takkan nak tunggu sampai tiga jam dalam tu kan.
cik a**: boleh je kak... lagipun itu bukan kelas akak.. keluar je kejap...
aku : ok la...
cik a** : thank you so much akakk

moral of the story, bukan aku tak nak tolong tapi... tuan punya kelas tu tak ada akal ke, kot ya pun nak pergi keluar janganlah tinggalkan kelas macam tu ajaaa dan apa salahnya ko sendiri yang cari ganti,,, contact la mana-mana lecturer yang boleh ganti... kenapa ko lepaskan student macam tu aja..... ini namanya lepas tangan... geram betul aku...  kalau tak melibatkan penceramah luar tak apa, ini imej nak kena jaga, nanti orang luar tu datang sorang pun tak sambut apa rasa mereka... macam tak pernah buat kerja lah dia ni.. suka sangat buat orang marah dan menyusahkan orang balik-balik aku pulak yang kena...

insuaallah akan aku tolong semoga pertolongan ku ini menjadi satu sedekah... aminnn


Tuesday, January 8, 2013

Eon Servis

Hari ni pergi servis kereta, pukul 8.30 dah sampai, mak aiii banyaknya kereta sampai tak ada tempat nak parking, pak guard bangla suruh parking dalam.  Masuk dalam tengok tak lah ramai orang, dalam hati fikir mesti belum ramai orang ni, kereta ni semalam kot orang tinggalkan sebab tu penuh.  Terus pergi kaunter :

staff : cik ada buat appointment tak?
aku : tak ada, kena buat appointment ke? ingat tak payah buat
staff : kena buat appointment sebab dah penuh. hari ini memang tak boleh buat servis
aku : hari tu kata tak payah appointment
staff : itu kalau tak penuh.
aku : besok boleh?
staff : besok pun dah penuh, hari Khamis boleh.
aku : tak pelah saya buat hari Khamis pagi.
staff : ok.

Dalam hati tu rasa nak marah pun ada, hari tu kata tak payah buat appointment hari ni kata dah penuh pulak.  tak faham betul polisi dia orang ni.  cubalah pegang pada satu polisi je, penuh ke tak penuh ke buat appointment kan senang. Call husband, husband call staff kat dalam tu, dan suruh aku direct je dengan staff kat dalam tu.  Aku pergi je kat staf tu terus ok.  Moral of the story, kalau kita kenal orang dalam memang tak payah buat appointment boleh terus terjah je... tapi aku tak setuju dengan cara ni sebab bagi aku ia tak adil bagi orang yang tak kenal orang dalam.  contoh macam aku tadi, aku tak tau terus ke kaunter dan dia kata dah penuh, langsung aku balik bodo je tanpa buat servis kereta.  Tapi kalau pegi ke toyota servis pulak memang kena buat appointment itu memang dah jelas, dan kalau tak ada appointment dia still terima tak pernah lagi aku kena tolak tapi katanya kena tunggu giliran atau ambil tempat orang yang tak jadi datang.  so kita kena terima kenyataanlah, kalau tak ada appointment kena tunggu, bukan terus kata tak boleh buat.  Mungkin polisi proton ni tak jelas kot.  aku pun tak faham... sampai bila kita nak jadi macam ni, dalam semua keadaan kena ada orang dalam kalau tak kenal orang dalam tak dapat atau lambat dapat.  Agaknya kalau hulur kat orang dalam lagi cepat dia buat kottt ini telahan aku je,,, tapi setakat ni aku tak kan buat macam tu.  Tak nak ajar dia orang....  Respect dan puji cara toyota...