Monday, November 16, 2009

Isnin yang hujan....

Hari ni, punya la malas nak bangun sbb hujan... nasib baik semua anak aku tak ke sekolah so boleh lah aku bangun lambat sket...  setakat aku menulis ni hujan masih lagi tak berenti , memang dah musim dia... yang bestnya sejuk....  aircond dah dislowkan pun masih lagi menyucuk tulang.. tapi aku seronok dengan cuaca yang macam ni cooooool.. dan syahdu aja rasanya.  

Hari ni sampai office ada announcement kata internet akan down bermula pukul 12.30 so apa lagi aku pulun gunak internet sebelum 12.30 ni la, bayar bil mana yang patut dulu, upload la dulu apa yang patut, lepas tu barulah mula kerja... hari ni bos aku tak nampak muka sibuk kot... tapi bila dia keluar bilik nanti adalah habuan untuk semua orang, siap sedia je la... yang aku tau aku kena buat gimik untuk program BE yang akan dirasmikan oleh menteri.  Hingga sekarang aku tak dapat lagi idea nak buat gimik ni.. malas betul nak fikir... sesapa yang baca blog ni boleh tolong fikirkan tak.


No comments:

Post a Comment