Monday, November 9, 2009

Isnin yang suram....

eee malasnya rasa nak pi keja hari ni, yang pelik tu mata tak boleh lelap dah, belum subuh dah bangun terkebil-kebil, siap gosok baju pegi dapur buat mee goreng.. husband bawak bekal lagi tu, pukul 8.00 baru keluar rumah.  Hantar angah sekolah dulu dan 8.25 baru sampai office.  Sampai kat meja, malasnya rasa, badan macam lesu aja... ku gagahkan juga surf Internet cari tutorial dreamweaver untuk siapkan modul.. dalam malas-malas ni siap juga satu modul. Lepas tu mula lah aku merewang tak tahu nak buat apa (sebenarnya macam-macam benda menunggu untuk dibuat tapi malas.... ).

Lepas makan tengahari menyiapkan brosur untuk BE.  Lepas tu dapat emel dari kawan tentang sinopsis cerita nurkasih... yessss  aku dah tau dia punya ending best giler... walau macamanapun aku nak tengok gak cerita dia sampai habis. Ini dia punya link :

 http://www.scribd.com/doc/20226334/Nur-Kasih-Full-Version-by-OhArtis-Dot-Com

sesiapa yang berminat bolehlah membacanya, lega aku bila dah baca, kalau tertinggal tu tak lah rugi sangat rasanya...

ok aku dah nak balik, habis la sudah monday yang membosankan.



No comments:

Post a Comment