Thursday, January 12, 2012

Ceramah Gores dan Menang

Pagi ni 9.30 ada ceramah "Penipuan gores dan menang" yang disampaikan oleh Supt. G/9156 Ahmad Noordin bin Ismail (Penolong Pengarah Operasi / Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman.) Pada asalnya macam malas je nak pegi tapi, tak sedap pulak sebab teringatkan kata-kata "jika menghadiri majlis ilmu, pasti kita akan dapat benda baru",.. memang tak ramai pun yang hadir. Memang rugila pada yang tak hadir tu sebab ceramah ini sangat berkaitan dengan kita dan orang disekeliling kita. Intipati yang aku dapat :


1. Jangan percaya dengan taktik gores dan menang ni, ini cuma satu strategi pemasaran saja

2. no such thing kalau kita menang hadiah, tapi kena bayar dulu (tak logik)

3. hadiah yang ditawarkan tu tak berbaloi dengan apa yang kita bayar

4. memang kita akan diberikan janji manis - kerana mereka ini dilatih (jangan salahkan mereka, salahkan diri sendiri)


Semasa sesi soal jawab, terdapat soalan berkaitan dengan penipuan di Internet, dan penceramah juga menceritakan tentang scam ini, ada beberapa jenis scam :


1. parcel scam (dikatakan kita menerima satu parcel tetapi tersangkut dikastam, untuk mendapatkan parcel tu kena bayar certain amount - memang tak logik jangan percaya)

2. internet scam - suruh masukkan duit ke akaun orang lain

3. sms scam - kata kita menang hadiah, suruh datang amik hadiah dan kena bayar (semua penipu)

4. emel scam - kata ada harta yang tidak dituntut, dikatakan nama kita telah dipilih untuk menjadi waris harta tersebut, sila call no teleforn sekian-sekian, memang betul no tu adalah no yang real tapi bila kita call dia divert ke si penipu, mereka akan menjawab dengan cara seolah-olah orang yang betul sebab skrip depan mata. Kita terpedaya dan membayar untuk mendapatkan harta yang dikatakan bermilion itu) yang ni jangan sesekali buat - memang penipu. Menurut penceramah jika sipenipu dari Malaysia kita mungkin boleh trace tapi kalau dari negara luar selamatlah...

5. Nigeria menipu -- laaa kesian kat perempuan melayu ni kenapalah mudah sangat kena tipu, mereka menggunakan mereka untuk membuka akaun dan menumpang akaun orang malaysia untuk menipu, si pemegang akaun akan diberi komisyen per transaksi, jika polis dapat trace sapa yang kena... orang kita juga yang kena.. so jangan layan mereka ni yang mintak tumpang akaun ke. Itu belum lagi jadi kaldai dadah.


Macam tulah kisahnya untuk dikongsikan bersama pada hari ni. Semoga mendapat manfaat.


nota : teringat sepupu yang terkena dengan strategi gores dan menang ini, bila gores tiba-tiba menang pakej pergi umrah dua orang, tapi kena bayar dua ribu je, tapi Allah nak tolong dia, dalam tangan masa tu tak ada cash 2000. Katanya kalau ada memang aku bayar sebab sapa tak nak pakej pergi umrah tu dua orang bayar dua ribu je... tengok pandainya dia orang ni menipu .. ibadah digunakan sebagai bahan -- masyallah....

No comments:

Post a Comment