Dulu pune ni adalah Poona, kami sampai di sini pukul 7.30. kereta hotel dah ada tunggu, sampai di Pune terasa dinginnya dan berangin, kerana di sini tanahnya rata. Suhu macam kat Cameron highland dingin dan selesa. Masuk dalam kereta dan menuju ke hotel… waaaa jalannya sangat teruk, kenderaan yang sangat banyak, sesak dengan kereta, motor, basikal dan auto (three tyres vehicle). Memang bising dengan hon. Orang sini memang bunyikan hon untuk lalu sebab dia orang tak pakai signal dan tak ikut peraturan. Tak tau nak bayangkan macamana betapa sibuknya kat sini. Sampai kat hotel pukul 8.00 malam, memang penat tak tau nak cakap apa. Sebelum masuk hotel kena scan dulu untuk keselamatan. Masuk bilik, alamak bau bilik tu memang nak muntah dengan bau setanggi dan tak tau bau apa, seriously busuk gila. Makan roti dan minum susu, mandi terus tidur tak sedar apa dah.
ni ada sikit gambar hotel The Central Park, bersebelahan dengan Inox Cineplex, orang sini panggil panggung wayang terbesar di Pune, dalam kompleks ni ada mcdonald dan beberapa kedai pakaian barang branded. Nak masuk dalam kompleks ni macam nak masuk dalam kapalterbang, kena scan satu badan, bukak beg semua baru boleh masuk, Dekat sini baru nampak kereta masuk, kereta kena periksa semua dalam dia, orang yang dalam kereta pun kena turun sorang-sorang untuk discan, dashyat sungguh, bila masuk dalam mcdonald ni barulah nampak muka orang yang cerah sket dan nampakla dia orang ni pakai tshirt dan jeans, rupanya kat sini tshirt dan jeans ni untuk orang kaya je. Perbezaan kasta nampak sangat ketara kat sini.
No comments:
Post a Comment