Saturday, June 26, 2010

travel log india 23 jun (Rabu)

vankuth mehta (vamnicom)
Vamnicom ni punya fungsi sama macam maktab la, bagi training tentang koperasi.

Pagi lah dah bangun, pukul 6 dah cerah kat sini. Pukul 8.30 breakfast, vege je.. ingat nak lihat keliling hotel apa ada, tapi tunggu orang india mr ys patil tak call2, macam dia buat tak tau je kita orang datang kat sini, tak tanya khabar pun, try call office dia tak ada orang angkat pulak tu,

dah jenuh try call dia, we decided to pi sendiri office dia cari sendiri.. apa la ini orang. so amik kereta hotel mintak dia oang carikan tempat tu, (vamnicom). Orang hotel pun tolong carikan, dan jumpa lah tempat dia, tak boleh nak baca signboard sbb guna bahasa marathi tak faham langsung. Rupanya kat sini office kerajaan start pukul 10 pagi, patutla call tak ada orang angkat

Sampai kat sana, orang hotel tu yang tolong cari si patil ni, bila sampai dia ada tetamu dan kami tunggulah sambil bersembang dengan madam jaya. Yang bestnya kat sini setiap pegawai ada orang gaji dia, tunggu kat luar pintu, panggil je, dan siap order je apa yang dia orang nak. Pegawai langsung tak bangun dari kerusi, semua orang buatkan. Kami diberikan teh limau, sedap gak. Dah bincang dengan patil tentang program kat sini, dia ajak kita orang jumpa director dia, sama gak ada dua orang machai kat depan pintu, sama gak langsung tak bangun, ingat dia besar sangat ke, bila kita dah breif apa objektif kita datang, then barulah kita keluar.

Kami dibawa masuk ke computer lab untuk tengok video corporat dia, itupun tengok sendiri je tanpa sebarang penerangan, lepas tu melawat sekitar vamnicom, asrama dia,,,, alamak nasib baik tak tidur sini, sebiji macam rest house zaman 70an dulu.
bangunan asrama
Lepas lawat asrama tengok pulak bilik kuliah... sakit mata, sebab bilik kuliah dia warna, oren dan hijau apa da.... tak leh hilang identiti dia orang ni..., pas tu pi makan kat dewan makan dia, sedap... sebab lapar ke atau sebab memang sedap tak tau la pulak.
bilik kuliah post grad (warna sakit mata)

bilik kuliah kursus pendek

library (berabuk giler)

computer lab

asrama

makan tengahari (sebelum)

selepas licin...
Masuk balik bilik patil, tunggu punya la lama, bincang dengan dia tentang program besok, kami kena buat apa, so dia siapkan transport untuk besok dua hari khamis dan jumaat dengan bayaran rs900 untuk 8 jam. Besok pukul 11 kena ada kat APMC jumpa dengan Bashkar Patil. patil lagi, berapa banyak patil kat sini. Setelah habis bincang, kami pun balik dan mintak driver tu drop kami kat Laxmi Road saja nak tengok keadaan kat sana macamana.

OOO mabuk sari... memang banyak sari dan kain. Siap duit je la... sempatla beli sari sket. Tak pe banyak masa lagi kat sini, nanti awal2 shopping habis duit la pulak.
ni la rupa laxmi road
Balik hotel makan maggi dan milo, tidur..... ready untuk besok punya program pulak..


No comments:

Post a Comment