Aku bangun pukul 4.30 pagi untuk ke KLIA, teksi sampai depan rumah pukul 5.00 pagi dan sampai di KLIA pukul 6 pagi. Jaja sampai pukul 6.30, terus check in di kaunter J, jet airways. Masa check in tu dah nampak dah semua orang "dia" je tak ada orang "kita" cuma kami dua orang je. Dah bayangkan dalam flight ni nanti macamana mesti bau semacam dan bising giler... masa check in tu tanya kat kaunter "boleh tak kami check in bag kat malaysia dan terus ambil kat Pune terus, tak perlu lagi kami heret bag di tiga2 airport. Alhamdulilah, staf kaunter tu kata boleh check in terus kat kaunter tu, maknanya kami hanya check in sekali je kat kauter KL, terus dapat boarding pass tak perlu lagi check in India, cuma tanya kat kaunter sana nanti gate mana aja. Lega.... lepas satu beban untuk heret bag.
Bila tiba masa nak berangkat, masuk je flight jet airways ni, sah.... memang kami aja orang melayu, bertudung, hanya ada lima orang bangsa lain dan selebihnya semua bangsa dia.... flight pun penuh... maknanya ramainya orang dia nak balik ke Chennai. Nak cerita jet airways ni aku rasa lebih teruk dari Air Asia, atau setaraf dengannya. Maklumla tambang murah.... Kami dihidangkan dengan scrambble egg, buah tiga potong, wedges, yogurt dan jus, lepas makan apa lagi membuta lah... nak cover balik tidur yang tak cukup, maklumla lima jam perjalanan nak buat apa lagi tidur je la.... memang lelap terus... sedar-sedar dah nak landing, pilot announce yang dah nak landing kat Chennai dengan suhu 19 C dan local time is 9.30 pagi.... oooooh kami mendahului masa rupanya, klu kat Malaysia pukul 12.
India here i come...., alhamdulilah... sampai jugak aku kat bumi Jawaharlal Nehru ni, cuma aku perhatikan airport kat sini macam airport kat subang tahun 70an. Turun dari flight, menaiki bas ke airport complex, sampai je kat dalam complex, alamak..... terkejut dan terkedu aku... keadaan sekelilingnya sangat kosong yang ada cuma passenger beratur yang amat panjang, sbb dua flight landing serentak. Line beratur yang panjang untuk lalu imigration.. hanya 4 kaunter je yang buka dan prosesnya teramat slow... dia orang tengok detail kat passport. Yang bestnya passenger yang beratur ni cakap melayu, sibuk menanya kami buat apa kat India. Nak cerita, tempat kami beratur ni tak ada lampu dan tak ada aircond, tingkap dibuka sebab kat luat tu sejuk, so tak terasa panas. Cuma hati je yang panas.. kena beratur lama. Alhamdulilah.... dah lepas imigration, cuma tinggal kastam pulak...
Kastam di tingkat bawah pulak.... subhanallah ... tak macam airport, dengan kerusi yang dah usang, bukan lagi buruk tapi usang... so kami tak ambil beg sebab dah check in straight kat KL tadi. so kami terus lalu kat kastam dan terus keluar untuk ke departure complex untuk ke Mumbai pulak.
Sampai je kat luar... sekali lagi terkejut ber*k, ramainya manusia .... sedang menunggu dan menghantar passenger... dia punya crowded macam menghantar orang pegi mekah kat Tabung Haji. Kami pun rasa macam lalu kat carpet merah semua orang pandang... agaknya kami ni nampak pelik kot... terpaksa berlari ke departure complex nak kejar masa boarding time 11.30, jaja jalan laju so aku terpaksa berlari, baru terasa yang badan ni berat sangat.... terasa cuak pulak bila tengok polis ramai sangat berkeliaran kat sini. Sampai kat pintu masuk, kena tahan dek polis, tunjuk boarding pass dan passport baru lepas. Menuju ke check in counter untuk confirm gate mana untuk ke Mumbai. Bila staff counter check our boarding pass terus je dia tanya "you have two baggage to check in right?? (nasib baik sistem tu tunjukkan yg kita ada dua bag untuk check in sekali, sbb dah dicheck in kat KLIA tadi) so dengan senang hati aku menjawab "yes we have check it in at Malaysia straight to Pune", dia jawab "NO, mam, you have to check in one more time here, because different country" alamak .... aku ngan jaja dah pucat dan terkedu.. so aku tanya balik "if so, where can we get back the bag??" dia jawab "you have to go back to arrival complex and collect the bag". Aku ngan jaja pun terus ke pintu masuk tadi, sebab tak ada pintu keluar, sekali lagi kena tahan ngan polis, rupanya bila dah masuk tak boleh keluar, so jaja slow talk ngan polis tu, tak boleh gak... sengal betul polis ni... so kami pegi balik ke kaunter, mintak tolong dengan staff tu, so dia pegi kat polis tadi dan terangkan keadaan sebenar dan yang kami ni nak cepat sbb flight dah dekat nak sampai, polis tu tak bagi juga siap dia suruh kami cancel ticket, apa punya polis dua kali sengal.... so counter staff tu pi jumpa somebody, mungkin pegawai pangkat tinggi kot... then pegawai tu sendiri yang slow talk dengan polis tu barula lepas..... apa lagi berlari lagi sekali tempuh tempat yang crowded tu, berpeluh jangan cerita la.... berpeluh takut dan penat, masuk balik kat arrival complex dan tengok bag kami dah diletakkan di atas lantai.... ahhhh lega dapat balik bag kalau tak, tak berbaju la kita orang ni.. heretla bag tu tempuh tempat crowded tadi... sian jaja beg dia dah la besar dan berat... jumpa balik polis tadi, tengok balik boarding pass dan passport kita orang tiga kali sengal polis ni... moral of the story : dengar cakap staff kat KLIA tu betul2 dan faham cakap dia betul2 tak tau sapa salah, kami yang salah faham ke atau dia yang salah beri penerangan... dalam keadaan macam ni tak leh nak salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri je la... lain kali fahamkan betul2 prosesnya sebab ini melibatkan dua negara.
Pegi balik kat check in counter dan barula dapat no gate untuk berlepas di gate 3. So beratur lagi untuk scanning hand luggage dan diri sendiri. Note book kena keluarkan dari beg, tinggalkan beg dan penumpang perempuan kena ke satu bilik di sebelah tempat scanning beg, actually bukan bilik cuma dia letakkan partition je, tapii buruk sangat,,, kena scan satu body, angkat tudung semua, bukak butang baju semua.. takut kita bawak bom kot... aku cuma risau yang beg duit dan notebook dah tinggal kat tempat scanning bersama dengan penumpang lain punya... ok selesai bab scanning dan dah ambil semua barang so kami menuju ke gate 3, tak ubah seperti pudu raya, taraf dia sama macam tempat tunggu bas kat KL, dengan ramai orang, sampah merata2 (aku tak nampak tong sampah), bau busuk dan lalat beterbangan. Masa tu la pulak aku rasa macam nak ke toilet tak boleh tahan lagi dah... jaja sanggup tahan... nak cerita toilet dia sekali lagi aku mengucap panjang... seramai-ramai manusia ni hanya ada 3 tandas aja, dalam toilet tu standardnya macam toilet kat pasar, sampah merata-rata, dalam toilet tu sendiri ada paip (nasib baik orang kat sini pakai air) sebab tu tak nampak tisu pun. Aku pun tertanya-tanya mana tong sampah ni, aku hanya nampak satu baldi buruk di bawah sinki, so apa lagi campak je la sampah kat situ. Oleh kerana pelik tak terfikir nak snap gambar... cuma aku terfikir, kenapa kerajaan India ni tak terfikir untuk hire tukang sapu, tukang mop, tukang cuci tandas, sedangkan rakyat dia ramai dan labour cost murah.... cuma aku sempat snap gambar ni je...
ini gambar masa nak boarding, lantai dia memang kotor nampak macam tak pernah mop dan sampah merata-rata.
Untuk ke Mumbai -flight pukul 12.00, sekali lagi kami naik bas ke kapal terbang.. dan terbanglah kami ke Mumbai.. bollywood place... bersambung...
No comments:
Post a Comment