On the way ke sana, berpusing2 rupanya driver tu tak tau jalan, aku nak mula rasa cuak, berapa kali dia turun tanya orang. At last pukul 11.15 baru sampai kat tempat dituju. Sampai kat sana terus jaja tanya orang kat bawah tu nak jumpa mr patil, tanpa memberitahu nama penuh dia. Orang tu bagi tahu "fourth floor". Kami pun naik je la ke tingkat 4 dengan menggunakan lif yang nampak macam memang lama, bayangkan pintu dia pintu kayu dan bergrill besi. Tak tau zaman bila punya lif 60an kot. Sempit pulak tu. Sampai tingkat 4 kami duduk di luar sekejap menunggu untuk dipanggil oleh mr patil untuk masuk, memang berlagak dia orang ni langsung tak nak keluar jumpa kita orang, pada halnya mr ys patil dah bagi tau kita orang nak datang dan dia pun dah tahu, aku dah mula rasa tak sedap hati...
Bila kami masuk ke bilik dia, langsung dia tak bangun sambut kita orang, dahi dia berkerut macam confius je, lepas memperkenalkan diri dan memberitahu objektif kita orang datang dan kami tunjukkan surat rasmi baru la dia menerangkan tentang MSAMB, dan memperlawa kami minum. Lepas tengok surat tu dia buat call, dan sorang lagi masuk. Barula kami faham rupanya kami tersilap patil. Rupanya yg kami jumpa ni s.patil yang patut kami jumpa b.patil berapa banyak patil daa..., yg salahnya orang kat dalam tu la tak tanya patil mana satu. Sepatutnya ys patil temankan kita orang kat sini tapi hampeh... dia orang ni macam nak layan tak nak layan je kita orang datang ni, sedih betul. Masa tu pulak ys patil telefon bagi tau kat jaja, lain kali kena hati-hati dengan nama patil sbb kat pune ni ramai orang nama patil... hisss ada ke dia cakap macam tu, patutnya dia yang temankan kita orang, lepas tangan betul mr pusing ni...
Selepas settle semua kekeliruan, kami di ajak ke APMC, Dekat APMC kita diberikan lecutre, sebiji macam lecturer si b. patil ni... tak leh tanya pulak tu masa dia bercakap. Lepas bagi kuliah, kami dijemput untuk berjumpa dengan administrator dia, dia kata just to say hai... yg peliknya bila kami masuk ke dalam bilik dia, kelihatan seperti bilik soal siasat polis, dengan gelap dan sejuk tak leh tahan. Jimat letrik ke apa dia orang ni, depan dia ada 5 baris kerusi, setiap baris ada 4 kerusi. Semasa kami datang tu ada 4 orang sedap mengadap dia, kami tak faham apa yg dia ceritakan, tapi nak cerita suasana dalam bilik tu. Hanya ada satu lampu atas meja dia, lampu warna merah pulak tu betul2 macam dalam bilik soal siasat polis. Lepas cerita serba sikit tentang objektif kami datang, dia jemput minum kopi, tak boleh tolak pulak tu, sambil minum dia cakap bahasa dia entah apa dia kutuk kita orang ni tak tau la....
Lepas tu naik kereta ke MSAMB semula, bincang kejap dengan b.patil tentang program besok, besok kami nak pegi market yard nak tengok dia orang lelong sayur, dan lepas tu kami pun naik kereta untuk balik ke hotel. On the way ke hotel kami mintak driver tu hantar kami ke MG road, ingat nak beli kraf india sket. Driver tu tunggu kita orang, ya la sbb dah bayar kena la tunggu. Lepas tengok MG road apa yang ada kat sana kami pun balik. Masa sampai kat hotel, driver tu mintak bayaran, kami mintak bill, klu tak ada bill kami tak nak bayar, kesian tengokkan. Lepas tu dia balik, kami naik ke bilik dan apa lagi makan maggie, memang lapar betul masa tu. lepas makan terus tidur.
No comments:
Post a Comment