Monday, June 28, 2010

travel log india 24 jun (khamis)

Hari ni hari ke 3 kami di sini, pukul 10 pagi kereta yang dijanjikan dengan bayaran rs900 tu dah sampai untuk menghantar kami ke Maharashtra State Agriculture Marketing Board (MSAMB). Sampai kat lobi hotel, kami tunjukkan surat tu pada driver untuk memberitahu dia di mana harus dia bawa kami. Malangnya dia tak tau tempat tu kat mana dan langsung tak boleh berbahasa inggeris, eeee rimas betul dah nampak dah masalah yang akan mendatang ni.

On the way ke sana, berpusing2 rupanya driver tu tak tau jalan, aku nak mula rasa cuak, berapa kali dia turun tanya orang. At last pukul 11.15 baru sampai kat tempat dituju. Sampai kat sana terus jaja tanya orang kat bawah tu nak jumpa mr patil, tanpa memberitahu nama penuh dia. Orang tu bagi tahu "fourth floor". Kami pun naik je la ke tingkat 4 dengan menggunakan lif yang nampak macam memang lama, bayangkan pintu dia pintu kayu dan bergrill besi. Tak tau zaman bila punya lif 60an kot. Sempit pulak tu. Sampai tingkat 4 kami duduk di luar sekejap menunggu untuk dipanggil oleh mr patil untuk masuk, memang berlagak dia orang ni langsung tak nak keluar jumpa kita orang, pada halnya mr ys patil dah bagi tau kita orang nak datang dan dia pun dah tahu, aku dah mula rasa tak sedap hati...

Bila kami masuk ke bilik dia, langsung dia tak bangun sambut kita orang, dahi dia berkerut macam confius je, lepas memperkenalkan diri dan memberitahu objektif kita orang datang dan kami tunjukkan surat rasmi baru la dia menerangkan tentang MSAMB, dan memperlawa kami minum. Lepas tengok surat tu dia buat call, dan sorang lagi masuk. Barula kami faham rupanya kami tersilap patil. Rupanya yg kami jumpa ni s.patil yang patut kami jumpa b.patil berapa banyak patil daa..., yg salahnya orang kat dalam tu la tak tanya patil mana satu. Sepatutnya ys patil temankan kita orang kat sini tapi hampeh... dia orang ni macam nak layan tak nak layan je kita orang datang ni, sedih betul. Masa tu pulak ys patil telefon bagi tau kat jaja, lain kali kena hati-hati dengan nama patil sbb kat pune ni ramai orang nama patil... hisss ada ke dia cakap macam tu, patutnya dia yang temankan kita orang, lepas tangan betul mr pusing ni...

Selepas settle semua kekeliruan, kami di ajak ke APMC, Dekat APMC kita diberikan lecutre, sebiji macam lecturer si b. patil ni... tak leh tanya pulak tu masa dia bercakap. Lepas bagi kuliah, kami dijemput untuk berjumpa dengan administrator dia, dia kata just to say hai... yg peliknya bila kami masuk ke dalam bilik dia, kelihatan seperti bilik soal siasat polis, dengan gelap dan sejuk tak leh tahan. Jimat letrik ke apa dia orang ni, depan dia ada 5 baris kerusi, setiap baris ada 4 kerusi. Semasa kami datang tu ada 4 orang sedap mengadap dia, kami tak faham apa yg dia ceritakan, tapi nak cerita suasana dalam bilik tu. Hanya ada satu lampu atas meja dia, lampu warna merah pulak tu betul2 macam dalam bilik soal siasat polis. Lepas cerita serba sikit tentang objektif kami datang, dia jemput minum kopi, tak boleh tolak pulak tu, sambil minum dia cakap bahasa dia entah apa dia kutuk kita orang ni tak tau la....

Lepas tu naik kereta ke MSAMB semula, bincang kejap dengan b.patil tentang program besok, besok kami nak pegi market yard nak tengok dia orang lelong sayur, dan lepas tu kami pun naik kereta untuk balik ke hotel. On the way ke hotel kami mintak driver tu hantar kami ke MG road, ingat nak beli kraf india sket. Driver tu tunggu kita orang, ya la sbb dah bayar kena la tunggu. Lepas tengok MG road apa yang ada kat sana kami pun balik. Masa sampai kat hotel, driver tu mintak bayaran, kami mintak bill, klu tak ada bill kami tak nak bayar, kesian tengokkan. Lepas tu dia balik, kami naik ke bilik dan apa lagi makan maggie, memang lapar betul masa tu. lepas makan terus tidur.


Saturday, June 26, 2010

travel log india 23 jun (Rabu)

vankuth mehta (vamnicom)
Vamnicom ni punya fungsi sama macam maktab la, bagi training tentang koperasi.

Pagi lah dah bangun, pukul 6 dah cerah kat sini. Pukul 8.30 breakfast, vege je.. ingat nak lihat keliling hotel apa ada, tapi tunggu orang india mr ys patil tak call2, macam dia buat tak tau je kita orang datang kat sini, tak tanya khabar pun, try call office dia tak ada orang angkat pulak tu,

dah jenuh try call dia, we decided to pi sendiri office dia cari sendiri.. apa la ini orang. so amik kereta hotel mintak dia oang carikan tempat tu, (vamnicom). Orang hotel pun tolong carikan, dan jumpa lah tempat dia, tak boleh nak baca signboard sbb guna bahasa marathi tak faham langsung. Rupanya kat sini office kerajaan start pukul 10 pagi, patutla call tak ada orang angkat

Sampai kat sana, orang hotel tu yang tolong cari si patil ni, bila sampai dia ada tetamu dan kami tunggulah sambil bersembang dengan madam jaya. Yang bestnya kat sini setiap pegawai ada orang gaji dia, tunggu kat luar pintu, panggil je, dan siap order je apa yang dia orang nak. Pegawai langsung tak bangun dari kerusi, semua orang buatkan. Kami diberikan teh limau, sedap gak. Dah bincang dengan patil tentang program kat sini, dia ajak kita orang jumpa director dia, sama gak ada dua orang machai kat depan pintu, sama gak langsung tak bangun, ingat dia besar sangat ke, bila kita dah breif apa objektif kita datang, then barulah kita keluar.

Kami dibawa masuk ke computer lab untuk tengok video corporat dia, itupun tengok sendiri je tanpa sebarang penerangan, lepas tu melawat sekitar vamnicom, asrama dia,,,, alamak nasib baik tak tidur sini, sebiji macam rest house zaman 70an dulu.
bangunan asrama
Lepas lawat asrama tengok pulak bilik kuliah... sakit mata, sebab bilik kuliah dia warna, oren dan hijau apa da.... tak leh hilang identiti dia orang ni..., pas tu pi makan kat dewan makan dia, sedap... sebab lapar ke atau sebab memang sedap tak tau la pulak.
bilik kuliah post grad (warna sakit mata)

bilik kuliah kursus pendek

library (berabuk giler)

computer lab

asrama

makan tengahari (sebelum)

selepas licin...
Masuk balik bilik patil, tunggu punya la lama, bincang dengan dia tentang program besok, kami kena buat apa, so dia siapkan transport untuk besok dua hari khamis dan jumaat dengan bayaran rs900 untuk 8 jam. Besok pukul 11 kena ada kat APMC jumpa dengan Bashkar Patil. patil lagi, berapa banyak patil kat sini. Setelah habis bincang, kami pun balik dan mintak driver tu drop kami kat Laxmi Road saja nak tengok keadaan kat sana macamana.

OOO mabuk sari... memang banyak sari dan kain. Siap duit je la... sempatla beli sari sket. Tak pe banyak masa lagi kat sini, nanti awal2 shopping habis duit la pulak.
ni la rupa laxmi road
Balik hotel makan maggi dan milo, tidur..... ready untuk besok punya program pulak..


Friday, June 25, 2010

Travel log to India – 22 Jun 2010 (Selasa) – sambungan

Pune, India.

Dulu pune ni adalah Poona, kami sampai di sini pukul 7.30. kereta hotel dah ada tunggu, sampai di Pune terasa dinginnya dan berangin, kerana di sini tanahnya rata. Suhu macam kat Cameron highland dingin dan selesa. Masuk dalam kereta dan menuju ke hotel… waaaa jalannya sangat teruk, kenderaan yang sangat banyak, sesak dengan kereta, motor, basikal dan auto (three tyres vehicle). Memang bising dengan hon. Orang sini memang bunyikan hon untuk lalu sebab dia orang tak pakai signal dan tak ikut peraturan. Tak tau nak bayangkan macamana betapa sibuknya kat sini. Sampai kat hotel pukul 8.00 malam, memang penat tak tau nak cakap apa. Sebelum masuk hotel kena scan dulu untuk keselamatan. Masuk bilik, alamak bau bilik tu memang nak muntah dengan bau setanggi dan tak tau bau apa, seriously busuk gila. Makan roti dan minum susu, mandi terus tidur tak sedar apa dah.

ni ada sikit gambar hotel The Central Park, bersebelahan dengan Inox Cineplex, orang sini panggil panggung wayang terbesar di Pune, dalam kompleks ni ada mcdonald dan beberapa kedai pakaian barang branded. Nak masuk dalam kompleks ni macam nak masuk dalam kapalterbang, kena scan satu badan, bukak beg semua baru boleh masuk, Dekat sini baru nampak kereta masuk, kereta kena periksa semua dalam dia, orang yang dalam kereta pun kena turun sorang-sorang untuk discan, dashyat sungguh, bila masuk dalam mcdonald ni barulah nampak muka orang yang cerah sket dan nampakla dia orang ni pakai tshirt dan jeans, rupanya kat sini tshirt dan jeans ni untuk orang kaya je. Perbezaan kasta nampak sangat ketara kat sini.

Thursday, June 24, 2010

travel log India first day 22 jun 2010 (Selasa) sambungan




Mumbai... dulunya Bombay...

Di dalam flight ke Mumbai.. baru terasa lapar, tadi tak terfikir nak makan sbb terkejar-kejar.. rupa-rupanya dalam flight ni tak serve minum dan makan, kalau nak kena order sebiji macam air asia, apa lagi belum take off kami dah tidur, nak mengelakkan lapar. Penerbangan mengambil masa 1 jam 45 minit.

Sampai ke Mumbai, baru nampak macam standard sikit, agaknya kat sini ramai orang kaya kot.. tapi... di tepi-tepi airport penuh dengan setinggan, macam dalam cerita slumdog tu... kat sini memang kami tak perlu ambil bag sebab dah di check in di Chennai, kat sini dah consider domestik flight so boleh dihantar terus ke Pune. Airport dia macam domestik airport kat Malaysia, macam kat airport Johor la... nampak bersih dan tak ada banyak lalat but still ada lalat, agaknya lalat tu ikut naik kapal terbang dari chennai. Keluar dari arrival complex menuju ke departure complex untuk check in ke Pune pulak. Keluar je, nampak Mumbai tak la seteruk Chennai,, masa kami tiba tu, semua pemandu teksi tengah mogok so semua orang kena naik bas, nasib baik kami tak memerlukan transport ketika tu. Masuk ke Departure complex, barula terasa lapar... check in dulu, nampaknya orang kat sini macam modern dan ramai foreigner pun dan airport dia siap ada wireless lagi. Apa lagi kami pun terus isi perut kat domino pizza makan vege pasta dengan coke.. baru lega rasa perut masa tu dah pukul 2.30 pm, our flight pukul 4.30. Ada masa untuk berehat sambil menikmati pasta dengan harga Rs270 untuk dua orang makan. Tunggu punya tunggu flight delay sehingga pukul 6.30 ptg... mak datuk penat giler nak menunggu ni, jaja terpaksa call hotel di Pune bagi tau yg kita orang ni delay, suruh kereta hotel tunggu juga sampai kita orang sampai. Rupa-rupanya memang flight di Mumbai selalu delay sebab kat sini banyak sangat kapal terbang, jem di dalam airport sendiri, nak berlepas dan landing kena tunggu giliran.

gambar di Mumbai airport

setinggan di sekeliling airport.

Kami sampai di Pune pukul 7.30 petang, dan kereta hotel memang ada tunggu. bersambung... kisah di Pune pulak...

travel log India first day 22 jun 2010 (Selas

Aku bangun pukul 4.30 pagi untuk ke KLIA, teksi sampai depan rumah pukul 5.00 pagi dan sampai di KLIA pukul 6 pagi. Jaja sampai pukul 6.30, terus check in di kaunter J, jet airways. Masa check in tu dah nampak dah semua orang "dia" je tak ada orang "kita" cuma kami dua orang je. Dah bayangkan dalam flight ni nanti macamana mesti bau semacam dan bising giler... masa check in tu tanya kat kaunter "boleh tak kami check in bag kat malaysia dan terus ambil kat Pune terus, tak perlu lagi kami heret bag di tiga2 airport. Alhamdulilah, staf kaunter tu kata boleh check in terus kat kaunter tu, maknanya kami hanya check in sekali je kat kauter KL, terus dapat boarding pass tak perlu lagi check in India, cuma tanya kat kaunter sana nanti gate mana aja. Lega.... lepas satu beban untuk heret bag.

Bila tiba masa nak berangkat, masuk je flight jet airways ni, sah.... memang kami aja orang melayu, bertudung, hanya ada lima orang bangsa lain dan selebihnya semua bangsa dia.... flight pun penuh... maknanya ramainya orang dia nak balik ke Chennai. Nak cerita jet airways ni aku rasa lebih teruk dari Air Asia, atau setaraf dengannya. Maklumla tambang murah.... Kami dihidangkan dengan scrambble egg, buah tiga potong, wedges, yogurt dan jus, lepas makan apa lagi membuta lah... nak cover balik tidur yang tak cukup, maklumla lima jam perjalanan nak buat apa lagi tidur je la.... memang lelap terus... sedar-sedar dah nak landing, pilot announce yang dah nak landing kat Chennai dengan suhu 19 C dan local time is 9.30 pagi.... oooooh kami mendahului masa rupanya, klu kat Malaysia pukul 12.

India here i come...., alhamdulilah... sampai jugak aku kat bumi Jawaharlal Nehru ni, cuma aku perhatikan airport kat sini macam airport kat subang tahun 70an. Turun dari flight, menaiki bas ke airport complex, sampai je kat dalam complex, alamak..... terkejut dan terkedu aku... keadaan sekelilingnya sangat kosong yang ada cuma passenger beratur yang amat panjang, sbb dua flight landing serentak. Line beratur yang panjang untuk lalu imigration.. hanya 4 kaunter je yang buka dan prosesnya teramat slow... dia orang tengok detail kat passport. Yang bestnya passenger yang beratur ni cakap melayu, sibuk menanya kami buat apa kat India. Nak cerita, tempat kami beratur ni tak ada lampu dan tak ada aircond, tingkap dibuka sebab kat luat tu sejuk, so tak terasa panas. Cuma hati je yang panas.. kena beratur lama. Alhamdulilah.... dah lepas imigration, cuma tinggal kastam pulak...

Kastam di tingkat bawah pulak.... subhanallah ... tak macam airport, dengan kerusi yang dah usang, bukan lagi buruk tapi usang... so kami tak ambil beg sebab dah check in straight kat KL tadi. so kami terus lalu kat kastam dan terus keluar untuk ke departure complex untuk ke Mumbai pulak.

Sampai je kat luar... sekali lagi terkejut ber*k, ramainya manusia .... sedang menunggu dan menghantar passenger... dia punya crowded macam menghantar orang pegi mekah kat Tabung Haji. Kami pun rasa macam lalu kat carpet merah semua orang pandang... agaknya kami ni nampak pelik kot... terpaksa berlari ke departure complex nak kejar masa boarding time 11.30, jaja jalan laju so aku terpaksa berlari, baru terasa yang badan ni berat sangat.... terasa cuak pulak bila tengok polis ramai sangat berkeliaran kat sini. Sampai kat pintu masuk, kena tahan dek polis, tunjuk boarding pass dan passport baru lepas. Menuju ke check in counter untuk confirm gate mana untuk ke Mumbai. Bila staff counter check our boarding pass terus je dia tanya "you have two baggage to check in right?? (nasib baik sistem tu tunjukkan yg kita ada dua bag untuk check in sekali, sbb dah dicheck in kat KLIA tadi) so dengan senang hati aku menjawab "yes we have check it in at Malaysia straight to Pune", dia jawab "NO, mam, you have to check in one more time here, because different country" alamak .... aku ngan jaja dah pucat dan terkedu.. so aku tanya balik "if so, where can we get back the bag??" dia jawab "you have to go back to arrival complex and collect the bag". Aku ngan jaja pun terus ke pintu masuk tadi, sebab tak ada pintu keluar, sekali lagi kena tahan ngan polis, rupanya bila dah masuk tak boleh keluar, so jaja slow talk ngan polis tu, tak boleh gak... sengal betul polis ni... so kami pegi balik ke kaunter, mintak tolong dengan staff tu, so dia pegi kat polis tadi dan terangkan keadaan sebenar dan yang kami ni nak cepat sbb flight dah dekat nak sampai, polis tu tak bagi juga siap dia suruh kami cancel ticket, apa punya polis dua kali sengal.... so counter staff tu pi jumpa somebody, mungkin pegawai pangkat tinggi kot... then pegawai tu sendiri yang slow talk dengan polis tu barula lepas..... apa lagi berlari lagi sekali tempuh tempat yang crowded tu, berpeluh jangan cerita la.... berpeluh takut dan penat, masuk balik kat arrival complex dan tengok bag kami dah diletakkan di atas lantai.... ahhhh lega dapat balik bag kalau tak, tak berbaju la kita orang ni.. heretla bag tu tempuh tempat crowded tadi... sian jaja beg dia dah la besar dan berat... jumpa balik polis tadi, tengok balik boarding pass dan passport kita orang tiga kali sengal polis ni... moral of the story : dengar cakap staff kat KLIA tu betul2 dan faham cakap dia betul2 tak tau sapa salah, kami yang salah faham ke atau dia yang salah beri penerangan... dalam keadaan macam ni tak leh nak salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri je la... lain kali fahamkan betul2 prosesnya sebab ini melibatkan dua negara.

Pegi balik kat check in counter dan barula dapat no gate untuk berlepas di gate 3. So beratur lagi untuk scanning hand luggage dan diri sendiri. Note book kena keluarkan dari beg, tinggalkan beg dan penumpang perempuan kena ke satu bilik di sebelah tempat scanning beg, actually bukan bilik cuma dia letakkan partition je, tapii buruk sangat,,, kena scan satu body, angkat tudung semua, bukak butang baju semua.. takut kita bawak bom kot... aku cuma risau yang beg duit dan notebook dah tinggal kat tempat scanning bersama dengan penumpang lain punya... ok selesai bab scanning dan dah ambil semua barang so kami menuju ke gate 3, tak ubah seperti pudu raya, taraf dia sama macam tempat tunggu bas kat KL, dengan ramai orang, sampah merata2 (aku tak nampak tong sampah), bau busuk dan lalat beterbangan. Masa tu la pulak aku rasa macam nak ke toilet tak boleh tahan lagi dah... jaja sanggup tahan... nak cerita toilet dia sekali lagi aku mengucap panjang... seramai-ramai manusia ni hanya ada 3 tandas aja, dalam toilet tu standardnya macam toilet kat pasar, sampah merata-rata, dalam toilet tu sendiri ada paip (nasib baik orang kat sini pakai air) sebab tu tak nampak tisu pun. Aku pun tertanya-tanya mana tong sampah ni, aku hanya nampak satu baldi buruk di bawah sinki, so apa lagi campak je la sampah kat situ. Oleh kerana pelik tak terfikir nak snap gambar... cuma aku terfikir, kenapa kerajaan India ni tak terfikir untuk hire tukang sapu, tukang mop, tukang cuci tandas, sedangkan rakyat dia ramai dan labour cost murah.... cuma aku sempat snap gambar ni je...

ini gambar masa nak boarding, lantai dia memang kotor nampak macam tak pernah mop dan sampah merata-rata.

Untuk ke Mumbai -flight pukul 12.00, sekali lagi kami naik bas ke kapal terbang.. dan terbanglah kami ke Mumbai.. bollywood place... bersambung...