My Posts
Tuesday, November 23, 2010
Kelas Dreamweaver CS3 (22-25 Nov 2010)
Friday, November 19, 2010
jeng jeng jeng... siapakah itu???
Semalam hanya aku sorang je kat office, orang lain semua cuti, kenapa aku tak cuti?? memang aku nak cuti tapi cuti hanya tinggal 6 hari je, itu pun spare untuk hujung tahun nanti manalah tahu nak bawak budak2 tu berjalan. kalau ikutkan hati memang aku nak cuti, dengan alongnya baru lepas operation, mak mentua pun ada kat rumah, nasib baik angah ada, dialah nurse dan dialah bibik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada angah...
Ni aku nak cerita pengalaman aku tinggal sorang kat bilik ni, mula2 tak rasa takut sebab macam tak ada apa-apa je. Tiba-tiba bila dah petang, pukul lima tu semua orang dah balik, rasa sunyi semacam je area mkm ni. Time balik aku pukul 5.30. Tiba-tiba dalam pukul 5.32 telefon kawan aku (yg ext dia 111) berbunyi, telefon dia memang misteri sikit. Aku mula berbelah bagi nak angat ke tidak sebab dah lebih office hour ni. Terfikir pulak manalah tahu peserta BE telefon nak tanya apa-apa ke. Bila angkat je aku cakap la "hello" dengan suara yang perlahan sebab rasa semacam je. Aku dengar kat telefon tu bunyi macam orang main-main butang telefon tu "krek" "krek" "krek" eeeee bunyi apa tu rasa ingin tahu mula memuncak aku dengar lagi, kali ni bunyi lain pulak macam bunyi orang selak kertas pulak... dan secara tiba-tiba... bulu tengkuk aku pun meremang... terus aku letak telefon, tutup skrin pc, (skrin je), capai hand bag terus cabut.... siapakah itu???? jangan biarkan misteri menyelubungi anda... hahahha mkm!! mkm!!
Hari ni aku masuk office dengan perlahan, bagi salam kat bilik tu dan on semua lampu bagi terang benderang. Semalam aku cuma on lampu row aku je nak jimat letrik konon. Hari ni biarkan dia terang benderang. Mintak-mintak jangan ada apa-apa lagi.
Wednesday, October 13, 2010
Travel Log India 27 Jun 2010 (Ahad) Pune (Poona)
Kedai Tshirt
Tali pinggang untuk Cik Abang
Kedai emas, nak beli gelang untuk anak dara
depan kedai sari
Sampai kat Pune Central, macam biasa kena scan dulu, baru boleh masuk, tak delah besar mana, cuma nampak macam orang kaya je yang masuk kat sini, so barang dia pun branded juga la, tapi semua out dated, dah tak ada jual kat Malaysia, tapi masih jual kat sini. Produk kecantikan Himalaya memang murah tak sampai rm10. Kalau produk buatan india memang murah la. So lepas menjamu mata, kita orang pun pegi food court untuk makan, apa lagi vege pizza dan mineral water, itu je yang boleh kita orang telan. Dah penat jalan dan makan, balik hotel tidur, apa lagi.. besok nak melawat mahagrapes coop pulak.
ini lah rupa pune central
depan pune central
inilah barang yang aku shopping hari tu
Tuesday, October 12, 2010
Travel Log India 26 Jun 2010 (Sabtu) Gateway of India, Mumbai
Gambar di sekitar gateway of india
Bila sampai je ke gateway of India, waaa memang cantik sebab dia berada di tepi laut dan berhampiran dengan hotel taj yang kena bom tu. Tapi memang betul kata orang kat sana, tak sorang pun pelancong, yang ada semua orang dia dan hanya kami dua orang sahaja la orang luar, so nampak ketara sangat.. bila kita turun je dari teksi terus berkejar orang dia kat kami untuk mengambil gambar berbayar.
Setelah selesai berlegar-legar di dataran tu, sebenarnya tak ada benda nak tengok pun, cuma pemandangan dia je yang lawa, kami pun decide nak balik dan nak cari tempat makan, perut memang dah lapar sangat. Memang nak balik ke Pune cepat pun sebab kalau boleh tak nak sampai sana malam takut... so kami mintak chacha (uncle teksi tu) carikan shopping mall supaya kami boleh cari tempat makan, so dia bawak kami pusing tepi laut sekitar mumbai dan hantar kami ke satu tempat shopping, laaa tak ada tempat makan rupanya, memang buang masa je kami ke sana. Last2 bagi tau dia kami nak makan MCdonald, suruh dia cari Mcd tu, dia bawak kami ke satu shopping mall Atria Mall, dia kata kat dalam tu ada McD, so kami pun masukla, seperti biasa sebelum masuk kena scan dulu, maklumla tempat orang kaya (kat sana la) kat sini sama taraf macam Armcorp Mall je. Kami masuk car McD tak ada rupanya, yang ada food court, so makanlah vege pizza dan nimbu pani untuk menghilangkan lapar.
Lepas makan terus suruh chacha tu hantar kami balik semula ke setesen bas dadar untuk kembali ke Pune, Kami dapat bas pukul 3.30 petang dan sampai ke Pune dengan selamatnya pada pukul 9.00 malam. Sampai je kat bilik apa lagi, terus tidur... kepenatan.
Inilah satu-satunya R&R dari Mumbai Ke Pune
sempat aku snap kawasan setinggan di sana
salah satu apartment yang terdapat di Mumbai
Ini pun sama, apartment di mumbai
Highway dari Mumbai ke Pune
Monday, October 11, 2010
Sabtu 26 jun 2010 (Sabtu) MUMBAI
Stesen Bas di Mumbai
Penumpang sedang berbaris nak belik tiket bas (tengok atap dia tu)
Keadaan bas di Mumbai (macam bas zaman filem P. Ramlee)
Pemandangan di jalan masuk ke bandar Mumbai
Deretan kedai di Mumbai
Sebaik turun dari bas, kami tak tentu arah sebenarnya nak pi mana pun tak tau. Sebab keadaan dia yang berserabut, tak nampak shopping mall, klu nampak boleh pegi je, lepas tu tak nampak sorang pun pelancong, hanya kami dua orang je muka lain, alamak... nak tanya sapa pun tak tau. Last2 kami decide nak pegi "Gate away of India" itu je yang tau, tanyala sorang perempuan ni yang nampak macam educated sikit. dia kata boleh pegi sana dalam 45 minit perjalanan dengan menaiki teksi, kami tanya selamat ke tidak, dia kata selamat, tapi since hotel Taj kena bom tu dah tak ada orang luar masuk ke situ. So kita orang pun carila teksi, (cari drivernya yang tua, yg muda takut kena tipu pulak). So kami dapat teksi yang pemandunya dalam likungan 70an umurnya (memang tua pun). Alamak... dia tak faham english la pulak, nasib baik satu masa dulu ketagih tengok cerita hindustan, maka dapat tangkapla apa yang dia cakap. Kami mintak dia hantar dan tunggu kami kat gate india tu, dia sanggup tunggu kira ok la. Memang betul perjalanan dia memang menyakitkan dengan jem yang amat sangat. Bila berenti je orang tua ni akan matikan enjin jimat minyak katanya. sebab minyak kat sana mahal (RM5.80 seliter). Dahlah kereta dia tak ada air cond memang panas giler,,,
Inilah rupa teksi kat sana
Perjalanan yang memakan masa 45 minit penuh dengan kesesakan jalan dan bising bunyi hon tu akhirnya sampai ke penghujung, sepanjang perjalanan tu sempatlah aku snap gambar bangunan lama yang ada di sekitar Mumbai ni.
Bangunan lama yang terdapat di Mumbai
Thursday, October 7, 2010
Travel Log India 26 Jun 2010 (Sabtu)
rajin-rajinkan menulis
Monday, September 20, 2010
Mengetuk kekunci semula
aduuuuh hari ni mula kerja setelah dua minggu cuti raya.. aduhhh malasnya ku rasa tapi apakan daya, terpaksa.. ada kelas pulak tu hmmmm kerja-kerja.. pagi2 bangun masak nasi goreng untuk bekalan encik suami ke tempat kerja.. hantar keby ke madelene dan terus pergi kerja, beli tuna sandwich dan soya bean kotak untuk breakfast cukup la tu,, tengok kelas alamakkk ramai pulak tu hampir 50 orng... kenapa la dia orng ni tak ada mood raya macam aku ni... terpaksa aku gagahkan diri juga demi melihat mereka ini.
Masuk kelas, terpaksa buat muka seronok, dalam hati malasnyaaa cepatla masa berlalu,, aku nak balik nak cuti lagi penat tak habis lagi la... hari ni bos bawak nasi, rendang dan sambal sotong, lupa pulak nak makan, kesian dia... tapi apa kan daya memang lupa... mesti dia rasa tak dihargai.
Monday, August 30, 2010
Travel Log India 25 Jun 2010 (Jumaat)
Pagi ni janji ngan B.Patil pukul 8.30 kena ada kat APMC sebab nak melawat Market Yard, pukul 8.00 dah janji ngan driver kereta sewa suruh datang kat hotel, tunggu punya tunggu sampai pukul 9.00 pun tak sampai lagi.. apa punya janji da... last call patil cakap ngan dia kita orang tak ada transport dan dia minta kami guna kereta hotel dan dia akan tunjuk jalan kat mana arah pada driver hotel tu, so naikla kereta hotel, sampai kat APMC dia dah tunggu dan ingatkan ada kereta nak hantar kita orang ke MY rupanya dia pun sama naik kereta hotel mintak hotel hantarkan ke MY. Sampai kat MY mak aiii .... punyal la ramai manusia rupanya dia tengah memperingati hari kematian pengasas MY ni, patutla... tempat pertama yang kita orang tuju adalah pasar buah. MY ni sangat besar seluas 190 ekar, terbahagi kepada sayur, bijirin, rempah, kambing, bawang dan ubi kentang, buah-buahan, bunga, yang sempat kami tengok buah, sayur, pisang, bawang, kentang. Penat jugalah memusing dalam pasar tu, tau je la pasar dia macamana dengan crowded dan kotornya, tapi pergi dengan pegawai dia so kami jadi macam VIP la, bila kita nak lalu semua petani tu ketepi.. rasa macam bestja, bila nak amik gambar dia orang siap posing lagi.. dan ada tu macam tak pernah tengok digital camera pun ada.
Tengok mereka melelong bawang, kentang dan limau nipis. Kat sini cara jual cara lelong, setiap hasil tani ada commission agent so agen ni tolong lelong di bawah pemantauan pegawai dari APMC. Pegawai APMC akan catit harga tertinggi hasil tani dan publish kan laman web, memang canggih sistem ni, so untuk besok dia orang ni dah tau apa harga siling sesuatu barang. Selepas lelong selesai agen akan bagi duit kat petani secara terus.
Kalau petani ni tak nak pakai agent untuk lelong sayur, petani ni boleh tunggu pukul 2.30 petang di mana dia orang boleh jual secara direct kepada pembeli mengikut harga siling pagi tadi. Selalunya kalau macam ni untuk petani yang mempunyai hasil tani yang sikit atau untuk pembeli yang membeli secara runcit. Para petani ni juga disediakan tempat rehat dengan bayaran yang sangat minimum iaitu Rp5.00 sahaja, tapi malangnya kami tak ditunjukkan tempat rehat tu macamana rupa dia.
Selepas penat melawat persekitaran pasar, kami dibawa ke pejabat APMC di dalam pasar itu sendiri di mana pejabat ini menempatkan pegawai-pegawai yang menyelia pasar ini. Lepas minum secawan "chai" ingatkan boleh balik hotel, tak... rupanya si patil ni bawa kita orang ke pejabat di dekat MSAMB, apa lagi lecture time lagi la... aduuuu penatnya dengar lecture dia tentang MSAMB la pulak.. Nak memahamkan telo dia tu yang sakit telinga. Jaja dah bagi signal perut dah memulas, apa taknya dah dekat pukul 2 mana tak lapar, sementara tu dengarlah orang azan, ooo barula ingat hari ni hari jumaat ada sembahyang jumaat di masjid berhampiran. Khutbah jumaat di dalam bahasa Marathi sangat jelas kedengaran dan menurut en patil ni, dia orang memberikan kelonggaran kepada orang muslim untuk keluar bersembahyang jumaat. sama macam kat sini jugak la.
En patil ni perasan yang jaja dah tunjuk signal lapar so dia cakap, "wait, we will go out for lunch at 2.30" legaaaa bila dengar cakap macam tu. Ingat pergi makan naik kereta rupanya dia pegi tahan auto rickshaw kat tepi jalan so kita orang berhimpitla tiga orang di dalam satu rickshaw. Dalam perjalanan patil ni berenti kat bank keluarkan duit. alamak... kesian pulak tengokkan nak belanja kita orang sampai pegi bank keluarkan duit, itulah kehidupan kat india ni tak semua orang senang macam dalam filem hindustan tu.. semuanya fantasi saja... kena tipu hidup=hidup la kita ni yang mengagung-agungkan cerita hindi tu.
Sampai la kami ke satu restoran yang dikira macam mahal la, klu kat malaysia tu standard syed restoran la kot. kami dijamu macam biasa pratha, yogurt, sayurrrrrr. Lepas makan di beri sirih untuk dikunyah dan manisan yang teramat manissss. harga makanan tu lebih kurang RM35.00 untuk tiga orang makan, kira ok la kan en patil ni bayar.
Lepas makan, kita orang balik hotel rehat.... kekenyangan dan keletihan dengar lecture en patil.