Gambar di sekitar gateway of india
Bila sampai je ke gateway of India, waaa memang cantik sebab dia berada di tepi laut dan berhampiran dengan hotel taj yang kena bom tu. Tapi memang betul kata orang kat sana, tak sorang pun pelancong, yang ada semua orang dia dan hanya kami dua orang sahaja la orang luar, so nampak ketara sangat.. bila kita turun je dari teksi terus berkejar orang dia kat kami untuk mengambil gambar berbayar.
Setelah selesai berlegar-legar di dataran tu, sebenarnya tak ada benda nak tengok pun, cuma pemandangan dia je yang lawa, kami pun decide nak balik dan nak cari tempat makan, perut memang dah lapar sangat. Memang nak balik ke Pune cepat pun sebab kalau boleh tak nak sampai sana malam takut... so kami mintak chacha (uncle teksi tu) carikan shopping mall supaya kami boleh cari tempat makan, so dia bawak kami pusing tepi laut sekitar mumbai dan hantar kami ke satu tempat shopping, laaa tak ada tempat makan rupanya, memang buang masa je kami ke sana. Last2 bagi tau dia kami nak makan MCdonald, suruh dia cari Mcd tu, dia bawak kami ke satu shopping mall Atria Mall, dia kata kat dalam tu ada McD, so kami pun masukla, seperti biasa sebelum masuk kena scan dulu, maklumla tempat orang kaya (kat sana la) kat sini sama taraf macam Armcorp Mall je. Kami masuk car McD tak ada rupanya, yang ada food court, so makanlah vege pizza dan nimbu pani untuk menghilangkan lapar.
Lepas makan terus suruh chacha tu hantar kami balik semula ke setesen bas dadar untuk kembali ke Pune, Kami dapat bas pukul 3.30 petang dan sampai ke Pune dengan selamatnya pada pukul 9.00 malam. Sampai je kat bilik apa lagi, terus tidur... kepenatan.
Inilah satu-satunya R&R dari Mumbai Ke Pune
sempat aku snap kawasan setinggan di sana
salah satu apartment yang terdapat di Mumbai
Ini pun sama, apartment di mumbai
Highway dari Mumbai ke Pune
No comments:
Post a Comment