Monday, April 16, 2012

Aku dan Novel (aku yang kau tinggalkan)


Macam tak percaya, hujung minggu aku dihabiskan dengan membaca novel bertajuk "aku yang kau tinggalkan" ditulis oleh alina haiza. Memang sebelum ni seumur hidup aku tak pernah baca novel, maklumla aku ni tak sensitif dan tak romantik, bagi aku orang yang baca novel orang yang jiwang suka senyum sorang-sorang dan suka nangis sorang-sorang. Masa aku sekolah rendah dulu aku banyak baca siri penyiasatan dan cerita-cerita lasak dan pengembaraan. Bila masuk sekolah menengah macam pelik tengok kawan-kawan boleh kusyuk mengadap novel bagi aku masa tu cukup buang masa. Hari ni memang dalam sejarah betul, aku boleh baca novel. Cerita ni bermula begini (macam aku pulak nak tulis novel ni)

Hujung minggu lepas (hari jumaat malam) aku balik kampung dan tidur di rumah abang iparku, dia ni mempunyai 4 orang anak yang dah besar-besar belaka, Anak lelakinya yang bongsu masih belajar menumpang kami balik sekali. Kami menjemputnya di asrama dan bersamanya satu plastic bag barang.

Aku : apa dalam beg tu macam berat je
Dia : alaaa kertas A4 dan buku untuk Alang, dia suruh habiskan baucer buku tu

Sampai di rumah, anak buah tu terus bagi dekat alang,

Alang : Alaaa alang dah bacalah buku ni

Aku terus tengok buku yang masih dibaluti plastik tu tajuknya "aku yang kau tinggalkan". Aku terus membelek-belek buku yang tebal dan bergambar daun gugur. Dalam hatiku terus berkata ini mesti buku cintan ni.

Aku : alang... best tak buku ni
Alang : best jugak, tapi alang baca lompat-lompat je, tebal sangat

Besok pagi, selepas sarapan, aku tengok buku tu diletakkan di atas meja makan yang alang gunakan untuk memeriksa kertas soalan studentnya, sekali lagi aku belek-belek buku tu. Hih sayang buku ni tak ada orang nak baca. Aku terus ke dapur dan membantu kakak ipar menyediakan makan tengahari. Lepas tu kak ipar dan abang ipar pergi kenduri kahwin. Suami ku pergi ke bandar, Alang dan angah selesai makan tengahari tapi aku masih di meja makan tak ada selera nak makan, rasa macam kenyang.

Angah : busu tak nak makan ke
aku : tak pelah, tunggu pak busu baliklah nanti kami makan sekali (sambil aku membelek buku tu lagi), pusing-pusing buku tu, tiba-tiba baca sinopsis di belakang buku nampak macam best lah pulak
aku : alang, boleh bukak tak buku ni (sebenarnya tangan dah mula mengoyakkan plastik yang membaluti buku tu)
alang : bukak lah

Selesai buka, terus aku tengok bab 1, waaa ini kisah kat italy best jugak... tak pa aku mula membaca sket-sket. Makin lama makin seronok, buku tu tebalnya sebanyak 750 muka surat, dalam hati mampu ke aku baca sampai habis ni.

Selepas makan tengahari dengan husband, husband kata nak keluar jumpa kawan untuk berbincang pasal tanah yang akan ditanam semula getah. Apa lagi aku pun ambil peluang nak baca buku ni.

abang ipar : nak pergi sekali? jomlah boleh minum cendol sedap,
aku : tak pelah
bila mereka bertolak je, terus aku membaca buku ni dengan tekun, memang seronok dan tak sabar ingin menikmati kesudahan ceritanya...
aku membaca terus membaca sehingga malam, selesai makan malam mereka semua keluar karaoke tinggal aku dan kak ipar sahaja, apa lagi sekali lagi aku mengadap buku ni. Sehingga mereka balik jam 2.00 pagi.

acik : aiii busu tak tidur lagi???
aku : kali ni busu nekad nak habiskan buku ni malam ni jugak

husband aku balik terus tidur dan berdengkur namun aku berjuang menghabiskan buku ni. Akhirnya aku dapat menamatkan buku ini pada pukul 4.00 pagi dengan rasa puas yang amat sangat. Sehingga hari ini aku masih lagi mengingati ceritanya dan watak di dalam buku itu. Rasa menyesal pulak tidak bawak balik buku tu, mungkin aku akan membeli senashkah untuk simpanan ku sebagai kenang kenangan.

No comments:

Post a Comment