Monday, April 16, 2012

Aku dan EPF aka KWSP


hari ni terfikir ingin menguruskan pengeluaran duit epfku yang dah lama beku, Beku sebab aku dah masuk taraf pencen yang sebelum ni aku memang pencarum epf hingga tahun 2009. Kawan-kawan lain semuanya dah keluarkan duit tu, cuma aku je, hanya lately baru terfikir nak keluarkan sebab along nak pergi belajar dan terfikir kalau labur dalam asb lagi bagus lagi banyak pulangannya.

Maka hari ni mulalah aku menyalin segala benda yang perlu dan tidak terlintas sedikit pun di benak fikiranku ini bahawa aku kena isi borang yang perlu di tandatangani oleh ketua jabatan. Sebelum tu dah buat sedikit research dari kawan-kawan, cuma kata mereka cuma bawak surat pengesahan pencen, no akaun dan ic saja. Aku pun dengan senang hati membuat salinan apa yang perlu dan terus ke tempat yang dituju. Sampai di kaunter :

aku : assalamualaikum, saya nak buat pengeluaran duit sebab dah masuk ke pencen
pegawai epf : waalaikumsalam, masuk pencen ke skim bersara
(aku mula confiuse, pencen ke bersara, mana satu yang betul ya.. rasanya aku belum pencen maknanya belum bersara, tapi masuk skim pencen)
aku : masuk skim pencen (penuh yakin)
pegawai epf : dah isi borang ni (sambil menunjukkan borang)
aku : belum
pegawai epf : isi borang ni dulu, bawak ni, ni, dan ini, (sambil membuat bulatan kepada mana yang perlu disediakan, aku hanya angguk saja, sebab tak nampak apa benda yang dibulatkan)
pegawai epf : lepas tu dapatkan tandatangan dari pegawai puan di sini.
aku : pegawai??? pegawai apa ya, sambil aku menjengkelkan mata melihat ruangan tandatangan tu,
aku : oooo ketua jabatan, ok tak pe, terima kasih

Aku mengambil borang dan membayar parking terus balik ke ofis. Satu pengajaran bagi aku, sepatutnya aku pergi dulu ke laman web epf dan tengok atau download dulu borang yang perlu dan isi dulu supaya aku tak buat kerja dua kali, maklumlah sekarang ni dah zaman teknologi, semua maklumat di hujung jari, mengajar orang pandai tapi bila dah kena kat diri sendiri baru padan muka...

Baliklah aku ke ofis dengan tangan kosong dan sakit hati kerana terpaksa datang semula. sampai ofis aku buka laman web epf semua ada kat situ termasuk borangnya sekali. Terus aku isi borang dan dapatkan tandatangan dari ketua hr. Pukul 3.00 ptg baru aku pergi ke epf sekali lagi dan ia tidak memakan masa yang lama pun untuk menyelesaikannya. Syabas epf kerana mempunyai sistem kaunter yang cepat. Maka aku tunggu dalam masa dua minggu ni aku akan menerima duit ku kembali. Lepas tu barulah boleh diagih-agihkan kepada mana yang perlu. Kaya sekejap....

Pengajaran : Lain kali kalau nak berurusan dengan agensi kerajaan kena buka dulu laman webnya supaya kita tak payah buat kerja dua kali.

No comments:

Post a Comment