Tuesday, September 29, 2009

Selesai....

Alhamdulillah... selesai juga nota aku, soalan kuiz dan nota blog... lega... sempat aku membaca facebook dan blog kegemaranku... 

Tiba-tiba....  ada satu kerja menanti due date hari Khamis ni... buletin aku kena siapkan.. fening sebab artikelnya belum lengkap macamana aku nak siapkan buletin tu, artikenya baru dapat 20% aja... eee serabut gak kepala nak kejar artikel dari penyumbang-penyumbang ni... takkan aku nak tulis sendiri artikel  tu.... tak pa esok masih ada, selepas kelas besok aku akan kerjakan buletin tu, kalau tak siap aku bawak balik.. (terpaksa... kerja punya pasal  be happy).  

Hari ni printer kat bilik aku rosak pulak... tak boleh aku nak print nota dan kuiz.. nampak gayannya kena lah aku menumpang kat bilik orang lain walau macamana pun kerja mesti diteruskan... 

Hari ni juga aku menambah satu lagi blog di myopera.com.. okey gak web tu,,, bolehlah aku tulis apa-apa 


Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya... dah start kerja balik

Hari ni bukan main liat lagi nak pergi kerja... nak mula balik rutin harian ni malas betul rasanya...
Macam biasa hantar ijoy ke sekolah agama, hantar keby ke rumah mak ngah... dan lepas tu aku ke tempat kerja... apa lagi kerja la...

1. Aku nak habiskan buat nota multimedia untuk kelas diploma minggu ni
2. Aku masukkan markah midterm test dia orang ke dalam sistem
3. Uploadkan nota dan keputusan peperiksaan ke mylaman.webs.com
4. Emelkan nota internet dan blog pada rakan-rakan yang akan mengajar besok dan lusa termasuk la aku ni
5. Study ms access untuk kelas minggu depan (kalau sempat)
6. Prepare payment untuk seminar ica di singapore
7. Buat soalan kuiz untuk student aku minggu ni

eee rasanya ada banyak lagi ni... hari ni aja aku ada masa, besok dan lusa, khamis dah ada kelas, seterusnya minggu depan 5 hari berturut-turut dan minggu seterusnya 4 hari lagi... tak sempat lah aku nak beraya ni...

itulah namanya kerja la-la (mesti seronokkan diri sendiri supaya tak tertekan

Wednesday, September 16, 2009

Mesyuarat lagi.....

Aduhhh hari ni aku ada tiga mesyuarat..... (macam sibuk bebeno) tapi hakikatnya memang sibuk pun (ari ni je....). 8.30 pagi je bos kata ada meeting pusat.... masa tu la baru terhegeh-hegeh nak print minit... apa la urus setia ni... kalau bagi hard copy awal-awal lagi kan senang... tengah print, printer rosak pulak.... (mula la nak marah ni... ).  Lepas meeting pusat sambung pulak meeting dengan supplier untuk program Tea Talk... sampai pukul 12.45.   Tiba-tiba teringat la pulak biskut raya belum ambil... terus pergi ambil biskut raya (raya... punya pasal mana boleh lupa)... sibuk macamana pun raya tetap raya..., ingat lunch hour nak melelapkan mata sekejap.. tak boleh lah pulak teringatkan nota untuk kelas 29 september ni nak kena hantar untuk printing. Kena hantar cepat sebab minggu depan dah cuti raya... walau macamanapun aku kena hantar hari ini atau besok sebab Jumaat ni aku dah cuti raya (seronok..).  Bertungkus lumus aku mengedit nota ni yang dah sedia ada ni.  Tengah dok leka edit nota, baru teringat aku ada meeting lagi pulul 2.30 pm, berkejar aku ke surau... (belum solat lagi).. habis meeting dah pulul 4.15 eeee... dah nak balik... cepatnya masa berlalu, kalau dah sibuk tu terasa macam sekejap je satu hari tu...  kenapa lah hari ni aku sibuk sangat...

Itulah kerja namanya.... mestilah dikerjakan.. gaji nak, kerja pun kena buat lah kan....  aku sepatutnya kena bersyukur dengan kerja yang ada ni, cuma guna otak aja bukan tulang empat kerat pun, duduk pulak tu bilik berhawa dingin bukannya tengah panas terik... syukur alhamdulilah apa yang ada.... (semoga  rezeki yang ku dapat ni diberkati Allah s.w.t)

Monday, September 14, 2009

Browser Opera 10 turbo

Browser opera 10 turbo

Aku baru install opera 10 turbo, yang mana sebelum ni memang aku pakai opera, dan baru ni opera upgrade pada opera 10. yes.... bagus senang guna, yang penting laju dan yang bestnya boleh sign in kat myopera.com. Di myopera kita boleh tengok bookmark di mana kita berada dan boleh upload file lagi.. Kalau nak softwarenya dan rasakan kebagusannya cuba download kat opera.com atau di sini.

Browser opera 10 turbo

Aku baru install opera 10 turbo, yang mana sebelum ni memang aku pakai opera, dan baru ni opera upgrade pada opera 10.   yes.... bagus senang guna, yang penting laju  dan yang bestnya boleh sign in kat myopera.com.  Di myopera kita boleh tengok bookmark di mana kita berada dan boleh upload file lagi..  Kalau nak softwarenya dan rasakan kebagusannya cuba download kat  opera.com atau di sini.


Selamat mencuba....

Mentor - mentee

Mula2 dengar berita ni, organisasi aku nak buat program mentor mentee staff... aku mula tertanya-tanya "apa ke jadahnya" nak buat kat sini, aku yang jadi mentor pada dua orang student ni pun tak terlayan....  tapi bila dah dengar taklimat tu pagi tadi... oooo barulah aku sedar betapa penting dan berfaedahnya program ni untuk organisasi, tak semestinya untuk student saja..   dari program ni dapat membuat penambahbaikan pada organisasi dan yang pentingnya apa yang kita tak puas hati kita boleh luahkan kat mentor dan semua yang kita bincangkan akan didokumenkan.  Mentor pula akan bawa segala permasalahan ke pengurusan atasan untuk dibincangkan dan seterusnya untuk dibuat penambahbaikan..... kan bagus tu....

Memang pada mulanya rasa macam tak boleh nak terima aja apa penceramah tu cakap.. tapi bila dah dengar betul2 dan banyak pula soal jawab, barulah faham akan faedahnya kepada kita dan organisasi.  Begitulah adanya.... sekarang ni tengah fikir dan tercari-cari siapalah yang akan menjadi mentorku....


Wednesday, September 2, 2009

nota multimedia

hari ni aku rasa dingin.... sebab apa, hujan .... alhamdulilah ... harap-harap dapatlah mehilangkan kepanasan sebelum ni, dan yang pentingnya sakit tekak aku dah semakin berkurangan... kalau tak peritnya... Tuhan aja yang tau..  tengah berfikir-fikir nak buang ke tidak tonsil yang aku hidapi ni, kalau fikirkan operation theatre tak sanggup.... takut....

berbalik pada tajuk aku hari ni, kononnya nak buat nota multimedia untuk student aku, untuk topik yang ke 10.  Nota lama ada tapi macam out dated je... biasala ICT ni sentiasa berubah-rubah.. so sekarang ni tengah cari bahan yang terkini la ...  dah penah searching, conteng sket kat blog ni untuk mencurahkan perasaan...  dah banyak nota aku cilok dari website orang ni, tinggal nak olah balik mengikut kesesuaian silibus ini je.. 

kadang-kadang rasa frust gak, bila aku dalam kelas bercakap sorang-sorang nampak macam student aku ni di alam lain je... macam  cerita twilight zone je... tapi kalau fikir balik tak jadi nak marah sbb mereka ni sapa dan aku sapa... sabar jela ......

aku cuma mampu berdoa semoga apa yang aku sampaikan ni dapat diterima oleh mereka seadanya...

Tuesday, September 1, 2009

Al Quran Terjemahan secara Online

Ini ada site laman web alquran terjemahan untuk panduan kita semua. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat bersama.

AlQuran dalam bahasa melayu sahaja

Alquran dalam bahasa arab dan melayu

Semoga dalam bulan puasa ni sama-sama kita khata quran kalau tak sempat bahasa arab, sekurang-kurangnya bahasa melayu