Monday, January 17, 2011

Tamak ke ni????

Seperti biasa setiap kali hujung minggu aku ditimbuni oleh baju-baju untuk digosok. Hinggalah aku mengambil keputusan untuk menghantar baju en.mus ke dobi sahaja dek kerana aku dah tak larat nak berdiri lama-lama. Kalau baju ijoy, keby dan baju kerja aku sempoi je aku langgar je dengan iron tu tak payah licin sangat, baju en.mus tak boleh dia cerewet....

Maka aku jadilah pelanggan tetap kepada kedai dobi zonn di dekat rumah aku ni, memang dah kenal benar dengan en.zul ni, tiap-tiap minggu hantar baju untuk digosok. Tiba-tiba tup tup ada satu kedai dobi bukak lagi dekat dengan rumah. So en.mus pegilah merisik, harga pun sama dengan zonn dan dia lagi boleh siap cepat, kalau hantar hari ni besok boleh siap. Tapi zonn tu makan masa dua hari baru siap, ini sudah bagus... lagi untung kami, so en.mus perkenalkan aku dengan dobi "M" ni. Mula-mula en.mus hantar 20 helai, hantar hari ni besok dah siap dengan harga yg sama dengan zonn. Awal tahun 2011 ni kami mengambil keputusan tukar kedai dobi yang lebih dekat dan mengembirakan.

So semalam aku pun hantarlah 11 helai baju dan seluar en.mus untuk digosok dan tanya pada akak tu boleh siap besok tak?? dia kata boleh.. tapi malam sikit la sbb banyak baju nak digosok, bagi aku tak ada masalah sebab rumah dekat dan balik kerja memang aku lalu kat situ pun. Kalau dicomparekan dengan zonn tu pukul 7.00 dah tutup dan tak tentu lagi sehari boleh siap. Bila aku tanya harga, "akak, harga macam biasala kan??" dia jawab, "hari ni last harga ni, besok akan naik 20% atau 50%, ini harga promosi je". Alamak.. terkejut aku, baru bukak sebulan dah naikkan harga... kalau ya pun tunggula setahun ke.. aku baru dua kali hantar. Hati aku mula terdetik, lastla hantar kat sini lepas ni hantar balik lah kat zonn tu, dah bertahun jadi pelanggan dia tak pernah sebut nak naik harga. Balik aku bincang ngan en.mus, dia pun terkejut dan terus buat keputusan balik semula kepada zonn, jauh dan lambat sket pun tak apa lah... memang dasar m**ayu berniaga.. nak untung cepat, ramai sikit pelanggan dah mula nak naik harga, sepatutnya dia kena maintain pelanggan yang sedia ada. Sakit hati aku mengenangkan benda-benda macam ni, kaum sendiri tu... tamak ke ni????


No comments:

Post a Comment