Tuesday, January 25, 2011

Bicara Tokoh

Minggu yang sibuk, minggu ni ada bicara tokoh bertajuk "Meningkatkan daya saing koperasi dalam sektor peruncitan negara" di holiday villa. Kami menjadi urusetia yang setia dan berjasa... tokoh yang dijemput dari Jabatan Perdana Menteri. Setakat ni peserta dah ramai... kami kat sini sibuk memanjang, minggu depan aku cuti seminggu yesss rihat habis... balik je cuti terus fly ke terengganu buat lawatan ke koperasi KOGURU dan KODIKA, balik terengganu pergi ke melaka la pulak ada seminar jadi urusetia lagi, balik melaka ke pahang pulak kursus 3 hari.. sibuknya, tapi ada pendapat cerdik pandai mengatakan, kita rasa kita sibuk, banyak benda nak dibuat dalam kepala, cuba tuliskan atau senaraikan apa yang akan kita buat tengok kat atas kertas tu banyak ke tak, kadang-kadang dalam kepala banyak tapi sebenarnya bila tengok atas kertas tak banyak pun... jadi kalau rasa banyak kerja je, cuba tuliskan atas kertas tengok, lepas tu tengok priority pulak... sebenarnya tak sibuk mana pun... yang penting pandai manage....

No comments:

Post a Comment