Tuesday, January 25, 2011

Bicara Tokoh

Minggu yang sibuk, minggu ni ada bicara tokoh bertajuk "Meningkatkan daya saing koperasi dalam sektor peruncitan negara" di holiday villa. Kami menjadi urusetia yang setia dan berjasa... tokoh yang dijemput dari Jabatan Perdana Menteri. Setakat ni peserta dah ramai... kami kat sini sibuk memanjang, minggu depan aku cuti seminggu yesss rihat habis... balik je cuti terus fly ke terengganu buat lawatan ke koperasi KOGURU dan KODIKA, balik terengganu pergi ke melaka la pulak ada seminar jadi urusetia lagi, balik melaka ke pahang pulak kursus 3 hari.. sibuknya, tapi ada pendapat cerdik pandai mengatakan, kita rasa kita sibuk, banyak benda nak dibuat dalam kepala, cuba tuliskan atau senaraikan apa yang akan kita buat tengok kat atas kertas tu banyak ke tak, kadang-kadang dalam kepala banyak tapi sebenarnya bila tengok atas kertas tak banyak pun... jadi kalau rasa banyak kerja je, cuba tuliskan atas kertas tengok, lepas tu tengok priority pulak... sebenarnya tak sibuk mana pun... yang penting pandai manage....

Wednesday, January 19, 2011

demam...

Semalam aku mc sebab tonsil, batuk, selsema dan sakit-sakit badan, en.mus kata memanglah badan dah tuo, banyaklah penyakit yang datang...

Semalam lepas hantar dua orang tembam tu ke sekolah, aku punch card dan pi klinik ingat nak ambil ubat je, doktor bagi mc pulak, apa lagi aku terus balik rumah.. tidur... rehat betul2, tup2 pukul 11.30 keby telefon kata dia demam, aku suruh gak dia pegi sekolah, sebenarnya aku malas nak drive ambil dia rumah kak sal, kepala berat sangat.. aku sambung tidur lagi, then pukul 1.30 ijoi pulak telefon kata dia demam dan bagi tau adik dia juga tak sekolah, aku janji nak amik dia dua orang tu pukul 3.30. Niat aku nak rehat berkecai... budak dua orang tu nak balik rumah. So aku pun pegi amik budak dua orang tu dan bawak balik rumah, masak untuk dua orang tu. Rupanya dia orang belum makan lagi...

Hari ni aku ingat badan tak larat lagi nak pegi kerja, tapi mengenangkan bos kata nak buat meeting seminar, so aku gagahkan juga pergi kerja, sampai-sampai dia orang kata tak jadi meeting sebab dah buat semalam... apa lah nasib badan, ni tengah menanggung kesejukan dan batuk.. rasa nak tidur je... kerja-kerja... be happy... ingatkan diri sendiri

Monday, January 17, 2011

Tamak ke ni????

Seperti biasa setiap kali hujung minggu aku ditimbuni oleh baju-baju untuk digosok. Hinggalah aku mengambil keputusan untuk menghantar baju en.mus ke dobi sahaja dek kerana aku dah tak larat nak berdiri lama-lama. Kalau baju ijoy, keby dan baju kerja aku sempoi je aku langgar je dengan iron tu tak payah licin sangat, baju en.mus tak boleh dia cerewet....

Maka aku jadilah pelanggan tetap kepada kedai dobi zonn di dekat rumah aku ni, memang dah kenal benar dengan en.zul ni, tiap-tiap minggu hantar baju untuk digosok. Tiba-tiba tup tup ada satu kedai dobi bukak lagi dekat dengan rumah. So en.mus pegilah merisik, harga pun sama dengan zonn dan dia lagi boleh siap cepat, kalau hantar hari ni besok boleh siap. Tapi zonn tu makan masa dua hari baru siap, ini sudah bagus... lagi untung kami, so en.mus perkenalkan aku dengan dobi "M" ni. Mula-mula en.mus hantar 20 helai, hantar hari ni besok dah siap dengan harga yg sama dengan zonn. Awal tahun 2011 ni kami mengambil keputusan tukar kedai dobi yang lebih dekat dan mengembirakan.

So semalam aku pun hantarlah 11 helai baju dan seluar en.mus untuk digosok dan tanya pada akak tu boleh siap besok tak?? dia kata boleh.. tapi malam sikit la sbb banyak baju nak digosok, bagi aku tak ada masalah sebab rumah dekat dan balik kerja memang aku lalu kat situ pun. Kalau dicomparekan dengan zonn tu pukul 7.00 dah tutup dan tak tentu lagi sehari boleh siap. Bila aku tanya harga, "akak, harga macam biasala kan??" dia jawab, "hari ni last harga ni, besok akan naik 20% atau 50%, ini harga promosi je". Alamak.. terkejut aku, baru bukak sebulan dah naikkan harga... kalau ya pun tunggula setahun ke.. aku baru dua kali hantar. Hati aku mula terdetik, lastla hantar kat sini lepas ni hantar balik lah kat zonn tu, dah bertahun jadi pelanggan dia tak pernah sebut nak naik harga. Balik aku bincang ngan en.mus, dia pun terkejut dan terus buat keputusan balik semula kepada zonn, jauh dan lambat sket pun tak apa lah... memang dasar m**ayu berniaga.. nak untung cepat, ramai sikit pelanggan dah mula nak naik harga, sepatutnya dia kena maintain pelanggan yang sedia ada. Sakit hati aku mengenangkan benda-benda macam ni, kaum sendiri tu... tamak ke ni????


Monday, January 10, 2011

January 2011



Alhamdulilah dah sampai ke tahun 2011, tahun ni dimulakan dengan menghantar si tembam tu ke sekolah, kelakar pulak tengok budak tembam ni pegi sekolah, hari pertama nampak macam ok je, tapi tak tahulah esok lusa, tapi hari ni (minggu ke dua) dah mula hujan lebat, bukannya renyai-renyai malah hujan selebat2nya... parah...



Untuk MKM, tahun ni nampak macam banyak kerja je, jam mengajar dah tender sebanyak 170 jam eee banyak tu.. tahun ni aku amik diploma pulak, nak tukar angin, kawan dengan budak-budak remaja supaya aku boleh jadi remaja balik (ye ke...), tahun ni juka along amik spm angah amik pmr, mintak-mintak berjaya lah mereka berdua ni.. kelas start bulan dua, so bulan januari ni dipenuhi dengan program promosi, tapi awal bulan dua aku dah kena keluar melawat koperasi di terengganu, tinggallah en mus dengan anak2.