Wednesday, October 13, 2010

Travel Log India 27 Jun 2010 (Ahad) Pune (Poona)

Hari ni hari Ahad, tak tau nak buat apa, plan ngan jaja nak jalan jalan sekitar Pune, tapi tak tau kat mana nak jalan, dahlah kita dua orang je terkonteng2.. hisshh penyudahnya plan pi ke Laxmi road, nak belikan cik abang tali pinggang dan ingat nak tengok shopping comleks dia kot2 ada benda boleh beli kat situ.  Lepas breakfast terus amik auto pi laxmi road, mula-mula beli tali pinggang, dapatlah 4 helai (betul ke penjodoh bilangan ni), lepas tu pergi kedai tshirt dapatlah dua helai, lepas tu mulalah merayau tak tentu hala, tak tau nak beli apa dan tak tau nak ke mana.  Suasana dia kat pagi Ahad ni memang sibuk dan dah tentu bising bingit, memang merimaskan, dah penat jalan ajak jaja naik auto pegi Pune central cari makan, lapar la pulak.  

 Kedai Tshirt

Tali pinggang untuk Cik Abang

Kedai emas, nak beli gelang untuk anak dara

 depan kedai sari

Sampai kat Pune Central, macam biasa kena scan dulu, baru boleh masuk, tak delah besar mana, cuma nampak macam orang kaya je yang masuk kat sini, so barang dia pun branded juga la, tapi semua out dated, dah tak ada jual kat Malaysia, tapi masih jual kat sini.  Produk kecantikan Himalaya memang murah tak sampai rm10.  Kalau produk buatan india memang murah la.  So lepas menjamu mata, kita orang pun pegi food court untuk makan, apa lagi vege pizza dan mineral water, itu je yang boleh kita orang telan.  Dah penat jalan dan makan, balik hotel tidur, apa lagi.. besok nak melawat mahagrapes coop pulak.

 ini lah rupa pune central

 depan pune central

inilah barang yang aku shopping hari tu




Tuesday, October 12, 2010

Travel Log India 26 Jun 2010 (Sabtu) Gateway of India, Mumbai

  Gambar di sekitar gateway of india

Ni gambar hotel taj




Bila sampai je ke gateway of India, waaa memang cantik sebab dia berada di tepi laut dan berhampiran dengan hotel taj yang kena bom tu.  Tapi memang betul kata orang kat sana, tak sorang pun pelancong, yang ada semua orang dia dan hanya kami dua orang sahaja la orang luar, so nampak ketara sangat.. bila kita turun je dari teksi terus berkejar orang dia kat kami untuk mengambil gambar berbayar.

Setelah selesai berlegar-legar di dataran tu, sebenarnya tak ada benda nak tengok pun, cuma pemandangan dia je yang lawa, kami pun decide nak balik dan nak cari tempat makan, perut memang dah lapar sangat.  Memang nak balik ke Pune cepat pun sebab kalau boleh tak nak sampai sana malam takut...  so kami mintak chacha (uncle teksi tu) carikan shopping mall supaya kami boleh cari tempat makan, so dia bawak kami pusing tepi laut sekitar mumbai dan hantar kami ke satu tempat shopping, laaa tak ada tempat makan rupanya, memang buang masa je kami ke sana.  Last2 bagi tau dia kami nak makan MCdonald, suruh dia cari Mcd tu, dia bawak kami ke satu shopping mall Atria Mall, dia kata kat dalam tu ada McD, so kami pun masukla, seperti biasa sebelum masuk kena scan dulu, maklumla tempat orang kaya (kat sana la) kat sini sama taraf macam Armcorp Mall je.  Kami masuk car McD tak ada rupanya, yang ada food court, so makanlah vege pizza dan nimbu pani untuk menghilangkan lapar.

Lepas makan terus suruh chacha tu hantar kami balik semula ke setesen bas dadar untuk kembali ke Pune, Kami dapat bas pukul 3.30 petang dan sampai ke Pune dengan selamatnya pada pukul 9.00 malam.  Sampai je kat bilik apa lagi, terus tidur... kepenatan.

 Inilah satu-satunya R&R dari Mumbai Ke Pune

  sempat aku snap kawasan setinggan di sana

 salah satu apartment yang terdapat di Mumbai

 Ini pun sama, apartment di mumbai

 Highway dari Mumbai ke Pune


Monday, October 11, 2010

Sabtu 26 jun 2010 (Sabtu) MUMBAI

Setelah letupan tayar bas belaku, bas pun parking tepi, aku ngan jaja pun tertanya-tanya nak turun ke tidak, tengok penumpang lelaki dah mula turun.  tapi yang peliknya orang kat sini tak kecoh pulak tak macam k***ng kat sini, kecoh... kat sana dia orang diam aja, bila tengok ramai orang turun kami pun turun la jugak, memang sah, tayar belakang bas dah pecah.  Driver bas tu tak pulak nak call mekanik ke apa, tengok dia bincang ngan penumpang lain, driver ni decide boleh jalan lagi sbb turun bukit.  Kami pun naik lah bas tu dan jalan menurun (nasib baik menurun) dalam speed 20kmsj.  Lebih kurang pukul 12.30 kami selamat sampai la di Mumbai.  Memang panas kat Mumbai ni, sampai kat bas stop dia, memang terkejut sbb dalam bayangan stesen bas di Mumbai mesti canggih dan cantik, tapi alamak.. stesen bas dia tepi jalan je, beratapkan kanvas biru dan adalah kerusi untuk duduk dalam dua tiga baris.  Keadaan kat situ memang busy dengan orang ramai dan teksi yang sedang menunggu penumpang, kat Mumbai ni tak ada auto yg ada teksi kuning hitam tu aja.  

Stesen Bas di Mumbai

Penumpang sedang berbaris nak belik tiket bas (tengok atap dia tu)

Keadaan bas di Mumbai (macam bas zaman filem P. Ramlee)

Pemandangan di jalan masuk ke bandar Mumbai

Deretan kedai di Mumbai

Sebaik turun dari bas, kami tak tentu arah sebenarnya nak pi mana pun tak tau.  Sebab keadaan dia yang berserabut, tak nampak shopping mall, klu nampak boleh pegi je, lepas tu tak nampak sorang pun pelancong, hanya kami dua orang je muka lain, alamak... nak tanya sapa pun tak tau. Last2 kami decide nak pegi "Gate away of India" itu je yang tau, tanyala sorang perempuan ni yang nampak macam educated sikit.  dia kata boleh pegi sana dalam 45 minit perjalanan dengan menaiki teksi, kami tanya selamat ke tidak, dia kata selamat, tapi since hotel Taj kena bom tu dah tak ada orang luar masuk ke situ.  So kita orang pun carila teksi, (cari drivernya yang tua, yg muda takut kena tipu pulak).  So kami dapat teksi yang pemandunya dalam likungan 70an umurnya (memang tua pun).  Alamak... dia tak faham english la pulak, nasib baik satu masa dulu ketagih tengok cerita hindustan, maka dapat tangkapla apa yang dia cakap.  Kami mintak dia hantar dan tunggu kami kat gate india tu, dia sanggup tunggu kira ok la.  Memang betul perjalanan dia memang menyakitkan dengan jem yang amat sangat.  Bila berenti je orang tua ni akan matikan enjin jimat minyak katanya.  sebab minyak kat sana mahal (RM5.80 seliter). Dahlah kereta dia tak ada air cond memang panas giler,,,

Inilah rupa teksi kat sana

Perjalanan yang memakan masa 45 minit penuh dengan kesesakan jalan dan bising bunyi hon tu akhirnya sampai ke penghujung, sepanjang perjalanan tu sempatlah aku snap gambar bangunan lama yang ada di sekitar Mumbai ni.  

Bangunan lama yang terdapat di Mumbai

Thursday, October 7, 2010

Travel Log India 26 Jun 2010 (Sabtu)


MUMBAI
Hari ni merupakan hari cuti di India, so aku ngan jaja plan nak pegi melawat tempat menarik, tapi malangnya tak tau nak melawat kat mana Pune ni. Akhirnya kami decide nak pi melawat mumbai atau bombay atau bollywood. Dari risikan yang kami buat tak lah jauh sangat, klu naik bas tu dalam 5 jam, apa lagi boleh la sambil menikmati keindahan india ni. Pada mulanya kami decide nak naik train, nak la rasa naik train kat sini, nak rasa reality dia macamana, asyik tengok filem hindi je kan.. .. Bila bertanya kat budak hotel tu, dia kata tak ada tiket pagi-pagi dari pune ke mumbai, sedangkan bila tengok kat internet ada train. rupanya tidak dinasihatkan untuk naik train kat india ni, maklumla kami ni perempuan dan muslim pulak tu bahaya..... so kami mintak tolong hotel hantar kami ke stesen bas dan tolong ambilkan tiket.

Sampailah kami kat stesen bas dia, dia orang kata luxury bas ke mumbai lima jam perjalanan dan harga tiketnya RS250. Apa yang aku bayangkan luxury bas ni macam executive coach kat sini rupanya teruk dari bas ekspress temerloh lagi. Luxury tu cuma bas tu ada air cond je sebab tu dia panggil luxury bus. Tertipu aku rupanya. Nak cerita dalam bas ni.. eee sampah merata-rata, tak da tong sampah dan sitnya dah koyak-koyak pulak tu, kalau bas tu break habis sampah-sampah dan botol air mineral semua ke depan tergolek2. dasyat betul.

stesen bas Pune

Dalam "luxury bus"
Ini la rupa luxury bus tu

Maka bertolaklah kami pukul 8.30 pagi. Memang cantik tengok pemandangan di Pune ni sbb di sini atas bukit, barula kami tau sebenarnya Pune ni atas bukit, sbb bila naik bas tu semuanya jalan menurun bukit macam cameron highland tu, cuma jalan dia cantik la jugak. Pemandangan pun cantik. Kami singgah di R&R dia, yang ada cuma gerai makanan dan tandas je. Kami pun beli cokelat cadbury je, itu je yang selera, aku try masuk tandas dia, alamak... bersihla ingatkan kotor tapi tandas dia memang lama macam tandas 70an kat sini, dengan pintu besi dan selak besi, tandas cangkung dan tak ada paip yang panjang macam kita kat sini. Cuma ada satu paip dan satu kole untuk cebok, bolehla... janji ada air.
Ini la rupa tol dia
dekat R& R
Pemandangan sepanjang jalan sungguh sejuk mata memandang
inila satu-satunya kedai yang ada di R&R

Tengah syok-syok menikmati pemandangan tiba2 terdengar bunyi letupan yang sangat kuat, aku pandang jaja dan orang sebelah, then driver bus memperlahankan bas dan berenti tepi jalan. Rupanya tayar bas meletup.... alamak, terkandas la kita orang.. di tengah highway yang tak ada apa-apa, aku dah mula cuak... bersambung.....

rajin-rajinkan menulis

tiba-tiba hari ni terpanggil pulak untuk menulis, dalam malas2 tu rasa macam ada benda nak ditulis.
1. Hari ni aku ada meeting kms, meeting yang membuatkan kepala aku rasa penat sangat
2. Habis meeting dah pukul 1.30, memang lapar, apa lagi tak cukup dengan semangkuk laksa tambah lagi dengan roti pulak, baru terasa perut ni diisi. Ini mesti penangan ubat lelah yang aku makan ni
3. tiba-tiba pulak teringat nak hantar memo jemputan bicara tokoh, cepat-cepat hantar ke PA pengarah, bukan apa takut lupa...

Tekak aku tak hilang lagi peritnya, sekarang ni cuba tak nak makan ubat batuk, bertukar ke minyak kelapa dara, mintak2 ada kesannya.