Hari ni paper aku final, tak tau la student aku ni boleh jawab ke tidak, bila sampai kertas jawapan kat meja aku, tryla selak satu-satu nak tengok apa yang dijawab oleh mereka... tengok satu alamak... mengeluh panjang aku, apa tak nya soalan yang sama ditanya dalam midterm test masih lagi ramai yang tak boleh jawab.. adussss salah aku ke???? nak tolong macamana lagi la dia orang ni, ini kalau mood tak baik tak boleh nak marking, naya ni... kena jiwa aku tenang baru boleh marking. Pada hal soalan dah keluar kuiz dah keluar midterm masih lagi salah,,, tak study ke atau tak faham apa yang aku ajar ni buat aku confuse. Cuma aku doakan janganlah ada yang repeat paper ni, rasa berdosa lah pulak...
My Posts
Wednesday, November 18, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Meeting....
Monday, November 16, 2009
Kasut Crocs murah 2nd gred
yang ni harganya cuma RM 22.00, warna pink (macam atas), brown, biru dan hijau
yang ini RM24.00
yang ni pulak RM20.00
nanti aku pi tengok lagi, kalau ada model yang cantik2 aku uploadkan kat sini.
Isnin yang hujan....
Hari ni, punya la malas nak bangun sbb hujan... nasib baik semua anak aku tak ke sekolah so boleh lah aku bangun lambat sket... setakat aku menulis ni hujan masih lagi tak berenti , memang dah musim dia... yang bestnya sejuk.... aircond dah dislowkan pun masih lagi menyucuk tulang.. tapi aku seronok dengan cuaca yang macam ni cooooool.. dan syahdu aja rasanya.
Hari ni sampai office ada announcement kata internet akan down bermula pukul 12.30 so apa lagi aku pulun gunak internet sebelum 12.30 ni la, bayar bil mana yang patut dulu, upload la dulu apa yang patut, lepas tu barulah mula kerja... hari ni bos aku tak nampak muka sibuk kot... tapi bila dia keluar bilik nanti adalah habuan untuk semua orang, siap sedia je la... yang aku tau aku kena buat gimik untuk program BE yang akan dirasmikan oleh menteri. Hingga sekarang aku tak dapat lagi idea nak buat gimik ni.. malas betul nak fikir... sesapa yang baca blog ni boleh tolong fikirkan tak.
Monday, November 9, 2009
Isnin yang suram....
eee malasnya rasa nak pi keja hari ni, yang pelik tu mata tak boleh lelap dah, belum subuh dah bangun terkebil-kebil, siap gosok baju pegi dapur buat mee goreng.. husband bawak bekal lagi tu, pukul 8.00 baru keluar rumah. Hantar angah sekolah dulu dan 8.25 baru sampai office. Sampai kat meja, malasnya rasa, badan macam lesu aja... ku gagahkan juga surf Internet cari tutorial dreamweaver untuk siapkan modul.. dalam malas-malas ni siap juga satu modul. Lepas tu mula lah aku merewang tak tahu nak buat apa (sebenarnya macam-macam benda menunggu untuk dibuat tapi malas.... ).
Lepas makan tengahari menyiapkan brosur untuk BE. Lepas tu dapat emel dari kawan tentang sinopsis cerita nurkasih... yessss aku dah tau dia punya ending best giler... walau macamanapun aku nak tengok gak cerita dia sampai habis. Ini dia punya link :
http://www.scribd.com/doc/20226334/Nur-Kasih-Full-Version-by-OhArtis-Dot-Com
sesiapa yang berminat bolehlah membacanya, lega aku bila dah baca, kalau tertinggal tu tak lah rugi sangat rasanya...
ok aku dah nak balik, habis la sudah monday yang membosankan.
Thursday, November 5, 2009
Sos lada hitam mudah
Hari ni aku keluar tajuk sket, nak kongsi resipi plak, jangan tak tau hari ni aku relax sbb bos tak ada. Hari ni aku nak kongsi resipi sos lada hitam mudah, resipi ni aku dapat dari biras aku. Selalunnya resipi ni aku makan dengan ayam dan daging panggang. Kadang-kadang anak aku makan dengan ayam goreng, macam chicken chop la pulak.. tambah la coleslaw dan french fries.. dah selamat RM10.00 (chicken chop kat kedai). Sebelum tu aku nak berterima kasih kat biras aku puan Zainaf Samah, memang berbaloi-baloi resipi yang dia bagi ni. Ini dia resipinya :
1 botol sos lada hitam botol kecil
1 tin sup cendawan campbell
4 sudu besar tomato sos
1 biji bawang besar
air, sedikit garam
cara:
Tumis bawang besar sampai kuning, masukkan sos lada hitam, masukkan air dalam botol sos lada hitam tadi dan goncang2 sampai bersih masukkan air tadi ke dalam periuk. Masukkan sup cendawan, masukkan air ke dalam tin cendawan tu (bersihkan tin) masukkan airnya ke dalam periuk. Masukkan sos tomato dan garam. Kacau sampai pekat, kalau pekat sangat tambah air, kalau tak cukup masin tambah garam, kalau nak manis tambah gula, kalau tak cukup masam tambah tomato sos, kalau rasa macam tak cukup lada hitam tumbuk lada hitam biji tu tambahkan aja, kalau tambah lada hitam biji ni sebenarnya lagi sedap sebab bau dia lagi naik dan lagi pedas. Terpulanglah pada diri sendiri untuk menambah rasanya, cuma basicnya itulah bahan-bahan di atas tadi.
Selamat mencuba... sebenarnya aku nak masukkan resipi ni kat myresipi.com tapi tak boleh nak log in pulak, tak taulah apa masalahnya, so aku post kat sini je la.. kawan-kawan yang dah cuba tu silalah komen
WIFE FROM HELL
I clocked you at 80 miles per hour, sir.'
The driver says, 'Gee, officer, I had it on cruise control at 60;
perhaps your radar gun needs calibrating. '
Not looking up from her knitting the wife says: 'Now don't be silly,
dear -- you know that this car doesn't have cruise control.'
As the officer writes out the ticket, the driver looks over at his wife and growls,
'Can't you please keep your mouth shut for once !! ?'
The wife smiles demurely and says, 'Well dear you should be thankful your radar detector went off when it did or your speed would have been higher.'
As the officer makes out the second ticket for the illegal radar detector unit, the man glowers at his wife and says through clenched teeth, 'Woman, can't you keep your mouth shut?'
The officer frowns and says, 'And I notice that you're not wearing your seat belt, sir.
That's an automatic $75 fine.'
The driver says, 'Yeah, well, you see, officer, I had it on, but I took it off when you pulled me over so that I could get my license out of my back pocket.'
The wife says, 'Now, dear, you know very well that you didn't have your seat belt on. You never wear your seat belt when you're driving.'
And as the police officer is writing out the third ticket, the driver turns to his wife and barks, 'WHY DON'T YOU PLEASE SHUT UP??'
The officer looks over at the woman and asks, 'Does your husband always talk to you this way, Ma'am?'
(I love this part)
'Only when he's been drinking.!!'
source: mumbaihangout.com
Tuesday, November 3, 2009
Meeting !!!!
Hari ni masuk kerja, ingat nak rehat rasa macam malas je... tup-tup roomate kata ada meeting dengan supplier pukul 10.00 pasal BE. Ingat program BE ni nak buat kecil-kecilan je rupanya pak menteri yang nak rasmikan so jadi lah event yang besar. Nasib baik supplier ni nak tolong banyak jugak.. nak sponsor door gift, nak sponsor penceramah, nak tolong jadi usherer so kira ringan sikit la kerja kita orang. Kami cuma sediakan tempat dan makan minum. Peserta kita kena cari. biasa la tu.... Yang tak tahannya bila melibatkan pak menteri ni, protokonya, speechnya semua nak kena sediakan. Cuma aku mintak sangat-sangat janganlah semua benda dah ready, tiba-tiba pak menteri tak jadi datang cuma timbalan atau ksu aja yang datang. Memang sakit hati betul... Aku harap program BE kali ni tak ada benda yang menyusahkan, technically semuanya ok. Supplier yang nak join ni pun kira macam ok je.. boleh kerja in a team lah. Habis meeting pukul 12.30, lepas meeting rasa lapar dan terus pi makan. Mengantuk oooiii ni yang menulis ni.. kot-kot boleh hilang ngantuk. Tengok roomate aku semuanya senyap je, entah-entah macam aku kot ngantuk... kekenyangan lepas makan....