Wednesday, December 5, 2012

Lunch di Rak Thai

Tiba-tiba hari ni cik abang telefon ajak lunch sekali.  tempat pilihan di Rak Thai ArmCorp Mall, mana lagi kat sini lah yang senang dan best.  Kami order dua sea food tom yam yang tersedap tu dan dua nasi goreng.  Menunggu lama lah pulak ramai orang maklumlah time lunch semua orang keluar serentak.   Tom yam yang sampai dulu, apa lagi kita hirup tom yam dulu lah, alamakkkk kenapa lah hari ni tom yam dia cair bair..  tak sesedap yang dulu.. tapi masih sedaplah berbanding tempat lain.  Kami membuat telahan ramai orang kot, dia buat nak cepat atau memang dah tak sedap.  Tapi kalau nak puas hati memang tom yam kat sini terbaik lah.

No comments:

Post a Comment