Tuesday, December 4, 2012

Jangan hina....

Salam sejahtera...

Hari ni breakfast roti canai, masa makan aku pasang telinga.... ada group yang meeting di Sarawak dan selepas mesyuarat mereka ke Brunei, tapiii  hanya golongan tertentu saja yang boleh ke Brunei, mungkin kekangan bajet kottt, so sang ketua mengatakan hanya orang tertentu saja boleh ikut ke Brunei yang lain balik ke semenanjung, tapi ada seorang ni yang namanya tidak tersenarai, meminta kerani di office menulis surat rayuan supaya seorang ni boleh ikut sekali, yang peliknya bila time dia nak pergi ni pandai pulak suruh sang kerani ni tulis surat rayuan, tapi bila kerani ni tak boleh buat sesuatu kerja dia menghina kerani ni dengan  kata-kata "laa kau sapa, sekolah setakat spm je.." bila kepentingan peribadi boleh pulak suruh kerani ni buat surat rayuan bagi pihak dia.  Kerani dengan beraninya menjawab "saya kelulusan spm je, tak pandai nak buat surat rayuan ni, buat lah sendiri" yesss bagus jawapannya. Dalam hati aku buat kesimpulan : lain kali jangan sesekali kita menghina orang yang lebih rendah dari kita, mungkin satu hari nanti kita akan memerlukannya juga, mana tahu satu hari nanti kita tersungkur atau terjatuh depan dia, tak kan kita nak mintak tolong orang lain, tak ke dia juga yang akan menolong kita.. jangan hina pelajaran dan kelulusan mereka mungkin kita tak perlukan pendidikan dia tapi kita mungkin akan perlukan kudrat dia... renungkan lah...


No comments:

Post a Comment