Wednesday, February 9, 2011

ICT (Ikan celup tepung)

7 Februari 2011 (Isnin) 11.30 pagi - sampai ke KOGURU, dihidangkan dengan nasi dagang. Memang sedap sebab perut tengah lapar dan memang suka nasi dagang ni. Lepas makan barulah ke sesi taklimat tentang KOGURU. Tahniah kepada KOGURU yang mempunyai ALK yang memahami masalah koperasi. Menggunakan sistem yang memudahkan kerja banyak membantu stafnya dalam menangani tugas seharian dan mengurangkan penggunaan kertas dan dapat menjimatkan kos. Selepas taklimat kami dibawa melihat persekitaran pejabat dan berkenalan dengan staf. Lepas tu kami dibawa ke Teluk Ketapang untuk menikmati ICT. emmmm memang sedap dan puas hati sebab ikanya dan sotongnya memang fresh. Selepas menikmati ICT, mintak jasa baik staf ke keropok leko BTB untuk buat tempahan nak bawak balik besoknya. Check in di hotel dan sempat ke Pasar Payang sekejap saja, tak sempat nak menebar batik kerana kedai kebanyakannya dah ditutup.. memang terkilan... sempat beli sehelai kaftan sahaja. Malam makan malam kat gerai di sebelah Grand Continental hotel. Sebelum tu sempat menjamu mata di seem noor batik di sebelah hotel gak, sempat lah membeli kemeja batik untuk en.mus.

No comments:

Post a Comment