Tuesday, February 22, 2011

Angah pulak demam

Hari ni angah pulak demam, selepas hantar ijoi ke sekolah, hantar keby, sampai kat sekolah keby ok je... bila nak keluar je dari kawasan sekolah tengok dia nangis. Hissss apa lagi keby ni dalam hati. Pegi kat dia tanya kenapa, rupanya purse dia tertinggal kat rumah, ha tu lah kat rumah asyik nak nangis je sampai lupa dompet. Bagi dia rm2 dan janji nanti mama akan masukkan dompet ke dalam baju sekolah kebangsaan. Nasib baik memang nak balik rumah sebab nak hantar angah ke klinik.

Lepas selesai keby, urusan angah pulak, hantar angah ke klinik, jumpa doktor, tanya doktor tentang penyakit H1N1 dengar cerita wabak tu ada lagi, doktor kata memang ada tapi dah tak risau cuma dia macam penyakit denggi aja, pergi hospital ambil darah, klu confirm H1N1, bagi ubat dan makan antibiotik, sebab ubat dia dah ada sekarang ni tak perlu lagi nak kena kurung macam dulu. Lega rasa hati dengar penerangan doktor ni. So angah dapatlah mc hari ni, dinasihatkan untuk duduk rumah dan rehat puas-puas.

Bila selesai menguruskan tiga orang anak mama ni, barulah senang hati mama nak ke tempat kerja.

No comments:

Post a Comment