Tuesday, February 22, 2011

Angah pulak demam

Hari ni angah pulak demam, selepas hantar ijoi ke sekolah, hantar keby, sampai kat sekolah keby ok je... bila nak keluar je dari kawasan sekolah tengok dia nangis. Hissss apa lagi keby ni dalam hati. Pegi kat dia tanya kenapa, rupanya purse dia tertinggal kat rumah, ha tu lah kat rumah asyik nak nangis je sampai lupa dompet. Bagi dia rm2 dan janji nanti mama akan masukkan dompet ke dalam baju sekolah kebangsaan. Nasib baik memang nak balik rumah sebab nak hantar angah ke klinik.

Lepas selesai keby, urusan angah pulak, hantar angah ke klinik, jumpa doktor, tanya doktor tentang penyakit H1N1 dengar cerita wabak tu ada lagi, doktor kata memang ada tapi dah tak risau cuma dia macam penyakit denggi aja, pergi hospital ambil darah, klu confirm H1N1, bagi ubat dan makan antibiotik, sebab ubat dia dah ada sekarang ni tak perlu lagi nak kena kurung macam dulu. Lega rasa hati dengar penerangan doktor ni. So angah dapatlah mc hari ni, dinasihatkan untuk duduk rumah dan rehat puas-puas.

Bila selesai menguruskan tiga orang anak mama ni, barulah senang hati mama nak ke tempat kerja.

Monday, February 21, 2011

Keby Sakit, kesiaan dia


1. Hari sabtu, (19 Feb 2011),bawak keby ke klinik sebab kena jangkitan kuman di saluran kencing, kesian dia bila nak kencing tak boleh tahan dan sakit pulak tu. Peha dia pulak habis melecet.. tu lah sapa suruh tembam sangat.

2. Sampai kat klinik doktor suruh kencing, tak boleh kencing la pulak, dah habis tiga botol air, barula boleh kencing kebyy, kebby, nak marah rasanya, sebab tengahari nak keluar hantar pergi sekolah lah pulak

3. Tengahari hantar sekolah jalan jem, sampai sekolah 1.35 pada hal masuk sekolah 1.10 pm. Kesian dia lambat masuk kelas, terkedek-kedek dia kesian kebby

4. Petang tu ambil keby tengok dia semput pulak.. terlena tersandar atas kerusi tu kesian diaa, malam tu pukul 1.00 pagi hantar dia klinik ambil gas. baru dia boleh tidur.

5. Semalam pagi2 lagi dia dah bangun, alhamdulilah nampak sihat dan ceria je... suka tengok kebbby dah petah semula

Seminar Teknologi Hijau: Perniagaan Baru Masa Kini

Satu seminar anjuran MKM bertajuk "Teknologi Hijau : Perniagaan Baru Masa Kini" akan diadakan pada 9 dan 10 Mac 2011 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Pernyertaan dibuka kepada semua koperasi dan penyertaan adalah percuma dan penginapan disediakan.

Berikut merupakan aturcaranya :

09 MAC 2011 (RABU)
8.00 pagi:

Pendaftaran dan Minum Pagi

9.30 pagi:

Majlis Perasmian Seminar

10.00 pagi:

Kertas Kerja 1 :
Pengenalan dan Dasar Teknologi Hijau Negara

Kertas Kerja 2 :
Galakan dan Insentif Kerajaan dalam Teknologi Hijau
Penceramah dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)

12.30 tengah hari:

Makan Tengahari /Daftar masuk hotel

2.30 petang:

Kertas Kerja 3 :
Membudayakan Teknologi Hijau Penceramah dari Malaysia Green Technology Corporation

Kertas Kerja 4 :
Kriteria Produk Berteknologi Hijau Penceramah dari SIRIM Berhad Bersama Professor Madya Dr. Abdul Aziz Bin Hanafi

5.00 petang:Minum petang
10 MAC 2011 (KHAMIS)
8.30 pagi:Kertas Kerja 5 :
Perkongsian Pengalaman dalam Bisnes Teknologi Hijau
* Penceramah dari Sektor Swasta
* Penceramah dari Koperasi Waiz-K Agro Shah Alam Bhd.
10.30 pagi:Jamuan ringan
11.00 pagi:Forum :
Potensi Bisnes Teknologi Hijau dalam Gerakan Koperasi
Ahli Panel
* Penceramah dari Malaysia Green Technology Corporation
* Penceramah dari Koperasi Waiz-K Agro Shah Alam Bhd.
* Penceramah dari Sektor Swasta
1.00 -1.30 petang:Makan Tengah hari dan Bersurai

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di laman web MKM http://www.mkm.edu.my/ atau hubungi 03-79649000 atau 03-7964055/056/057/111




Wednesday, February 9, 2011

ICT (Ikan celup tepung)

7 Februari 2011 (Isnin) 11.30 pagi - sampai ke KOGURU, dihidangkan dengan nasi dagang. Memang sedap sebab perut tengah lapar dan memang suka nasi dagang ni. Lepas makan barulah ke sesi taklimat tentang KOGURU. Tahniah kepada KOGURU yang mempunyai ALK yang memahami masalah koperasi. Menggunakan sistem yang memudahkan kerja banyak membantu stafnya dalam menangani tugas seharian dan mengurangkan penggunaan kertas dan dapat menjimatkan kos. Selepas taklimat kami dibawa melihat persekitaran pejabat dan berkenalan dengan staf. Lepas tu kami dibawa ke Teluk Ketapang untuk menikmati ICT. emmmm memang sedap dan puas hati sebab ikanya dan sotongnya memang fresh. Selepas menikmati ICT, mintak jasa baik staf ke keropok leko BTB untuk buat tempahan nak bawak balik besoknya. Check in di hotel dan sempat ke Pasar Payang sekejap saja, tak sempat nak menebar batik kerana kedai kebanyakannya dah ditutup.. memang terkilan... sempat beli sehelai kaftan sahaja. Malam makan malam kat gerai di sebelah Grand Continental hotel. Sebelum tu sempat menjamu mata di seem noor batik di sebelah hotel gak, sempat lah membeli kemeja batik untuk en.mus.

Kuala Terengganu

7 feb 2011 (Isnin), dijangka terbang ke Kuala Terengganu untuk lawatan kerja ke KOGURU dan KODIKA. Sampai kat KLIA pukul 7.30 pagi, flight pukul 8.40. memang elok lah time tu, selepas check in, berjalan slow-slow ke gate A9, bila dah dekat sampai gate A9 terdengar announcement mengatakan flight ke Kuala Terengganu akan berlepas di gate A2, ehhh bila masa pulak dia bertukar tempat ni... mula rasa nak marah sebab kena pusing balik dah penat jalan ni. Tanya dekat kaunter berdekatan, staf bertugas mengatakan ke KT di gate A9, mula pelik tadi announcement kata di A2, so staf yang baik hati ni contact bahagian yang buat announcement ni. Tiba-tiba dengar announcement lagi sekali mengatakan flight ke KT di gate A9. Haaa barula betul, buat suspen je... apa lah dia orang ni bikin orang pening.

Masuk dalam flight, sambil sandar-sandar dengar beberapa announcement lagi dari pilot tapi tak faham apa benda sebab tak berapa nak dengar, kepala ni ingat nak tidur je, memang ngantuk pun. Tengok jam dah pukul 9.00 ehh apasal tak terbang lagi ni.. janganlah ada problem, janji dengan KOGURU pukul 10.00 pagi. Ada masalah sket kot saja nak menyedapkan hati. Tiba-tiba announcement yang jelas dan nyata. "Tuan-tuan diminta keluar dari pesawat dan bertukar ke pesawat lain kerana terdapat sedikit kerosakan teknikal " sahhhh memang delay, so keluar tanya kat kaunter, tak tau lagi bila ada pesawat.. macamana temujanji aku ni.. dalam beberapa minit kami diarahkan ke gate B7 untuk pesawat lain dan akan terbang pada pukul 9.55 pagi. Legaaa tak lah delay lama sangat.