Tuesday, April 22, 2008

Ciri-ciri Rekabentuk Laman Web Yang Ideal

Di sini saya akan listkan beberapa ciri web design yg ideal :

1. Cepat dimuat turun
Reka bentuk web yang mudah loading merupakan salah satu faktor utama pengunjung suka surfing. Contohnya google & yahoo reka bentuknya simple dan ia hanya mementingkan maklumat yang cepat dan mudah dilayari.

2. Warna, tema dan konsep yang sesuai
Web yang bagus mempunyai tema, warna dan konsep yant tepat dan sesuai. Contohnya web berkaitan dengan pendidikan hendaklah mempunyai grafik yang berkaitan dengan pendidikan, buku, pelajar dan bukan mengenai kereta kebal atau jet pejuang. Warnanya hendaklah seimbang, kebanyakan tona warna ada maksudnya tersendiri seperti warna perak, putih dan warna cerah lebih nampak korporat manakala hitam dan gelap lebih sesuai untuk web peribadi. Konsep pula terpulang kepada anda samada korporat, peribadi atau bermusim seperti tahun baru, world cup etc. Jika perlukan audio dan animasi, boleh gunakan flash yang sebaik mungkin dan berikan pilihan untuk skip kerana terdapat pengguna mungkin mempunyai masalah sambungan Internet jika mempunyai animasi.

3. Kurang adalah lebih
Lebih simple grafik cantik, tidak perlu memeningkan kepala degan teori ilham reka bentuk yang terlalu banyak. Cukup hanya dengan penggunaan warna dan konsep yang betul ia sudah memadai. Tidak semua pengguna suka grafik, biar nampak minimum tetapi moden. Kreativiti perlu disertai dengan strategi pengurusan isi kandungan untuk nampak tersusun, sistematik dan tidak serabut.

4. Boleh dilayari oleh semua jenis browser
Ini satu cabaran bagi webmaster, tidak semua reka bentuk web boleh dilayari oleh semua browser. Kadang kala terdapat banyak 'java'script , dhtml, css dan lain-lain yang tidak disokong oleh sesetengah browser. Pada masa ini dunia masih popular dengan Internet Explorer & Mozilla Firefox. Web mestilah boleh dilayari oleh semua browser ini.

5. Butang jelajah yang tersusun dan tiada kesalahan ejaan
Pastikan konsep butang jelajah telah disusun kemas mengikut keperluan web. Contoh konsep butang jelajaha ada 3 jenis :

a. Link teks biasa : di atas header dan kiri
b. Link image : ada butang jelajah imej
c. hierarchy menu

Konsep butang jelajah ini penting sekiranya terdapat banyak sambugnan laman yang perlu digabungkan dalam satu web. Pastikan tiada terdapat kesalahan ejaan, kerana ini amat memalukan...

6. Kurangkan guna FRAME
Seeloknya gunakan page biasa dan elakkan guna frame. Ini kerana frame mempunyai banyak kerenah yang tidak boleh ditangani.


7. Optimize grafik
Gunakan gif atau jpeg untuk format imej, ini kerana akan melajukan masa muat turun laman tersebut. Format imej jenis ini tidak terlalu berat.

9 comments:

  1. tq. kalau ada course lanjutan inform saya sabridmawar@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Ilmu dan amal soleh akan mendapat redha Allah semoga kita sama-sama kearah rahmatnya. amin

    ReplyDelete
  3. CIKGU...
    SAYA DAN PAKNE SEBELAH SAYA DAH SESAT SEKARANG, SO BAGAIMANA SAYA NAK BALIK KE LANDASAN .. MAKSUD SAYA MACAM MANA NAK BUAT NO LAWATAN TU JEE.

    ReplyDelete
  4. Tunmelayu berkata komen itu baik tak komen itu pun baik jadi ok dan ko

    ReplyDelete
  5. kursus ini menyeronokan, mudahan kita semua jadi jutawan tahun 2020

    ReplyDelete