Tuesday, April 29, 2008

Adobe Illustrator


Pada 28 April hingga 30 April ini saya akan menghadiri kursus Adobe Illustrator yang dikendalikan oleh Aspati Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat yang banyak menghasilkan multimedia dan penerbitan digital.

Adobe Illustrator ini adalah sebuah perisian yang digunakan untuk mereka bentuk penerbitan seperti mana MS Publisher, tetapi Illustrator lebih komplikated lagi dan ia memberikan pengguna lebih kebebasan untuk mereka bentuk mengikut kreativiti sendiri berbanding dengan MS Publisher yang lebih terikat dengan template. Adobe Illustrator juga digunakan oleh kebanyakan syarikat percetakan untuk mencetak bahan cetakan.

Untuk menggunakan perisian ini, terlebih dahulu perlu tahu menggunakan perisian
Adobe Photoshop, kerana ia saling memerlukan, di mana Photoshop diperlukan untuk mengedit imej dan Illustrator digunakan untuk merekabentuk penerbitan dan pengeditan teks.

Jika inginkan maklumat lanjut berkenaan dengan Illustrator ini bolehlah melawati laman web
http://www.adobe.com/products/illustrator/index.html

No comments:

Post a Comment