Friday, March 31, 2017

Jumaat pengakhir Mac

Pejam celik dah habis bulan Mac.  Phewww cepatnya masa berlalu, besok dah April huhu

Hari ni pagi meeting membawa ke tengahari, habis separuh hari, petang membelek apa yg akan berlaku minggu depan - dah habis waktu kerja.

Malam ni  ambil angah kat UPM, dah habis diploma budak tu, hari Ahad pergi praktikal di Seremban, memang pantas waktu - sedar tak sedar dah habis belajar budak tu.  Rasa baru semalam menghantar ke Bintulu dan Serdang.

Besok Along balik kerana cuti midsem, dah nak habis semester 4 budak tu.  Memang cepat masa berlalu.

Tak lama lagi dah puasa, raya, raya haji, deepavali, krismas habis satu tahun. Ohhhh cuba tanya diri sendiri amalan dah cukup ke untuk dibawa bekal ke alam barzakh?

Subhanallah.... Astaghfirullah.... ampunilah aku ya Allah

No comments:

Post a Comment