Wednesday, January 13, 2010

Pembudayaan Knowledge Management

phewwww!!! hari ni aku kena attend satu ceramah berkenaan dengan "Pembudayaan Knowledge Management"... mula-mula sekali yang keluar dari mulut aku "why me????"  tapi bila pi dengar tu kira okeylah boleh tambah ilmu.. cuma komen dari aku terlalu teknikal untuk end user tapi kalau untuk orang IT macam aku ni fahamlah... kalau untuk projek team bagus  sekali...  Tak heranlah aku tengok beberapa peserta yang tertidur, duduk sekejap lepas tu keluar, tak silap aku bilangan peserta dalam senarai 34 orang tengok-tengok yang datang tak sampai separuh.  Ke akhir sesi tinggallah tak sampai sepuluh orang..  Tak tahulah nak menilai bagaimana keberkesanannya sesi ini.

Kalau tanya aku - Sebenarnya taklimat tadi tu memang bagus untuk perkongsian maklumat ia merupakan pengalaman dua syarikat besar ni bagaimana melaksanakan KM di tempat mereka... kalau diikutkan memang bagus untuk perancangan tapi untuk pelaksanaannya tak tahulah lagi...  Bagi tempat aku ni aku rasa boleh buat kalau terdapat penguatkuasaan yang kuat.  Bagi aku pihak pengurusan tertinggi kena pastikan yang semua staff ni faham apa ke bendanya KM ni.  Bila dah faham barulah bolehlah implement, dan satu lagi kalau dengar dari dua syarikat ni dia orang ada reward untuk orang yang mengambil bahagian dalam KM ni.  Bagi aku ni bagus untuk permulaan, bila dah semua orang senang dan selesa dengan KM ni baru lah berhentikan pemberian reward ni.


No comments:

Post a Comment