Program Affiliate - buat duit santai... betulke santai.. mana ada buat duit senang macam santai macam tu cik bedah!! kena usaha mari kita tengok apa dia program affiliate ni.. katanya senang dapat ribu riban dalam masa sebulan atau SEMINGGU huhu boleh percaya ke ni.. Tergerak hati nak menulis program ni bermula dari seminar "Lonjakan bisnes melalui eMarketplace" pada 27 September 2018 di
Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya. Salah satu topik yang dibincangkan adalah marketplace LAZADA. Penceramah yang membincangkan topik ini adalah
Mr. Charles Gregory Dari sinila tercetusnya idea untuk berkongsi maklumat dan mencuba program ni. Cara penceritaan beliau yang bersahaja dan diselang seli dengan sedikit lawak membuatkan audience terhibur dan nampak macam senangnya dapat duit macam tu. TAPI dia cerita tak habissss.. huhu biasalah orang bisnes, itu cuma pengenalan sahaja, kalau nak lebih lagi kena jemput dia datang lagi dengan pakej yang lain atau join kelas yang beliau kendalikan - kelas khas untuk Program Affiliate.
Pengenalan
Program affiliate ni sebenarnya kira macam komisen yang kita dapat sebab kita tolong promosikan barang mereka, kalau pembeli setuju untuk membeli dan telah buat bayaran barula kita dapat komisen. Banyak mana komisennya??? tak banyak mana mengikut tuan punya tula nak bagi mungkin sehingga 5-10 peratus. Yang menjadikan banyak = volume. Kalau barang mahal banyakla komisennya. Kalau setakat shampoo sebotol dapatlah 25 sen.
Pendaftaran
Yang ni Mr. Charles tak ajar, so aku dah tanya Google dan try and error dapatlah dua platform ni iaitu Klikjer.com dan invlove.asia. Ohhh ada lagi satu - nuffnang.com yang ni memang aku buat dah lama. Sebenarnya dah lama aku join nuffnang.com - tapi tak aktif sebab tak faham sangat just cuba jer. Dapatlah 25 sen huhu tapi dapatla jugak dengan menggunakan blog aku yang hidup segan mati tak mau ni -
makanapaharini.blogspot.com. Dua minggu lepas ada bersembang dengan peserta kursus - dia memang gunakan nuffnang ni - katanya: "dapatlah rm600 sebulan, boleh la bayar duit kereta". kira ok la tu... tu yang cikgu dia ni semangat semula tambahan pula dengar pula Mr. Charles tu becerita. Kesimpulannya aku pun daftarlah dengan klikjer.com dan involve.asia hari ni. Nanti kita tengok hasilnya... Aku gunakan blog
makanapaharini.blogspot.com dan
rosidahmkm.blogspot.com termasuk la facebook personal.
klikjer.com - platform ni menyediakan banner dan link kepada penjual yang kebanyakannya pengusaha ebook dan dalam bahasa melayu - secara tidak langsung kita tolong promotekan ebook mereka. Contoh ebook yang ada - anak cerdik pintar, ternakan ikan talapia dan banyak lagilah.
Involve.asia - yang ni best - international sangat daripada tivago, booking.com sehinggala ke LAZADA, shopee dan banyak sangat,.. namapak macam cerah masa depan. Tapi aku dah daftar dari pagi hingga petang masih belum approve lagi - tak tau nak nangis ke nak ketawa rasa macam separuh harapan saja tinggal
Macamana nak promote dan dapat duit?
1. kena ada blog atau website
- kat dalam ni kita masukkan banner atau link. Kalau ada orang klik dan mereka beli produk tu so kita dapat komisen. TAPI... dengan syarat blog atau website kita kena ramai follower supaya ramai yang nampak banner atau link tu dan adalah yang terklik dan terbeli. Kalau setakat follower 5,6 orang tipis masa depan. ITU yang kena belajar SEO pulak macamana nak jadikan blog kita mendapat ranking yang tinggi dan ramai follower. Banyak kerja ya sebenarnya bukan santai-santai saja... tak pe nanti hakak tulis pulak macamana nak naikkan ranking dan ramaikan follower, semua nak sumbat kat sini nanti penat nak baca.
2. Melalui media sosial
Bab media sosial ni nampak macam senang letak jer link nanti orang klik. Betul ke orang nak klik atau orang pandang pun tak mau. Yang ni kena belajar mengayat pulak - tu namanya copywriting supaya orang tertarik dengan ayat kita dan terus klik link tu. Bukan klik dapat duit ya! kena beli dulu produk tu baru kita dapat duit. Boleh buat di facebook dan twitter. Kena ada sedikit ilmu copywriting ya..
3. Melalui Emel
Sama juga ini pun nasib nasib - kita blast emel sebanyak yang kita ada, tapi entah entah baca ke tidak atau tak buka pun terus di tong sampahkan. Ini pun kita kena letak subject yang menarik dan kandungan dalam tu pun kena menarik. Yang penting subjek tu dulu! supaya belum apa apa orang dah campak buang.
Setakat nila dulu ya... nanti hakak sambung lagi, penat rupanya menulis ni .
nak tanya apa-apa boleh emel jer kat sini cdah3@yahoo.com