Thursday, March 17, 2016

Penyelidikan / Research

Catatan semalam. (16 mac 2016)

Semalam berkampung di UPM Serdang berjumpa dengan pakar rujuk research yang sedang kami buat, piuuhhhh berasap kepala otak seolah-olah macam kena buat balik.  Kalau student tu memang kena extend satu semester lah jawabnya.  Dahla sebelum tu menunggu prof di bilik yang tiada air con panas oiiii.

Sesi perbincangan

Mak aiii tambah complicated oiii ingatkan mudah ajer rupanyan kena cari involvement theory!!! untuk menghasilkan framework dan barulah questionaire yang cantik dapat dikeluarkan, jangan nak memandai buat andaian sendiri tanpa support dari LR ya!!!!.  Sampel pulak??? kena cari seluruh dan semua bukan sikit sikit ya main petik mana suka nanti tak melambangkan hasilnya.  Ingat senang!!!

Selepas perbincangan kepala aku dah pening sakit hingga ke mata, aku tau ini berpunca dari tidak breakfast (oppssss sebenarnya dah breakfast quaker oat satu cawan) tapi tak menjadi apa kepada perut ini sebab setiap pagi dah biasa makan berat haaa padan muka kau.  Masuk kereta tambah pening dengan jem.  Lepas tu singgah makan dekat mek ha pekena nasi kukus dan limau ais baru lega perut.  Perut aje yang lega tapi tidak di kepala, masih sakit dan berdenyut.  Balik bilik lumur minyak angin habis satu bilik berbau tak jugak hilang.

Balik rumah macam biasa masakla juga dengan kepala yang tengah sakit ni.  Habis masak terus mandi duduk bawah shower bagi kepala ni sejuk.  Lepas tu makan pain killer (celebrex) n ubat saraf (nurotin) then tidur.  Pukul 10 baru bangun makan dan iron baju.  Pukul 12 tidur balik badan masih lagi rasa macam pewai.

note: bukan senang menjadi seorang researcher, kita merujuk kepada yang pakar memang rasa menyusahkan tetapi hasilnya memang superb bak kata prof semalam "memang nampak susah tapi kita berpuas hati sebab apa yang kita nak semua ada di situ dan tiada orang boleh persoalkan"

pening!!!!