Thursday, April 21, 2011

Majlis Konvokesyen ke 15


Para VIP di atas pentas, YB Menteri sedang menyampaikan ucapannya.


Hari ini berlangsungnya majlis konvokesyen ke 15 bagi program diploma dan sijil. Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan MKM dan para ibu bapa. Majlis yang meriah ini telah disempurnakan oleh YB Menteri. YB menteri juga turut menyampaikan sijil kepada para graduan.

Majlis yang diadakan di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya ini dimulai dengan perarakan masuk VIP dan para graduan. Naik bulu roma bila gamelan dibunyikan dan perarakan para graduan ke dalam dewan. Teringat masa kita grad dulu-dulu, ini tengok student kita pulak yang grad, terasa macam terharu la pulak.

Tahniah kepada pelajar terbaik - Radin

Maaf, gambar sedikit blur sebab snap dari skrin, biasalah masa penyampaian sijil ni tak leh nak snap gambar, hanya photographer je yang dibenarkan.

Majlis berakhir dengan jamuan makan dan sesi bergambar bersama menteri. Tahniah kepada semua anak murid ku, semoga menjadi pekerja yang cemerlang, terbilang dan gemilang.

Wednesday, April 13, 2011

video

Memasukkan video bar

1. pergi ke design
2. klik add a gadget
3. Pilih Video bar
4. masukkan keyword
5. save
6. view blog

Memasukkan Pages atau Menu

1. Pergi ke new post
2. Klik pada Edit pages
3. Klik butang new pages
4. Editor akan dipaparkan, masukkan tajuk dan posting
5. Klik publish post
6. Pilih layout
7. Save

Memasukkan Label

Label digunakan untuk mengumpulkan semua posting ke dalam satu kumpulan. Cara-cara untuk memasukkan label:
1. Buat satu post baru,
2. Masukkan label yang sesuai di ruangan bawah editor "Labels for this post:"
3. Klik Publish Post bila selesai
4. View blog, perhatikan terdapat label di bahagian bawah post

Memasukkan gadget label di dalam blog

1. Pergi ke design
2. Klik add a gadget
3. Pilih label
4. Tandakan ditempat yang sesuai jika perlu, jika tidak klik butang SAVE
5. View blog dan perhatikan terdapat satu gadget untuk label

Memasukkan marque

Cara-cara memasukkan marquee

1. Pergi ke laman hypergurl.com/marquee.html
2. Pilih kod yang dikehendaki
3. klik kanan atas teks yang dipilih, klik copy
4. Pergi ke blogger, design, klik add gadget, pilih html/java
5. masukkan tajuk, klik kanan di kawasan kosong di bawah tajuk, klik paste
6. klik save

Tuesday, April 12, 2011

contoh save as draf

Save as draf bermaksud posting yang belum bersedia untuk diterbitkan di internet, ia cuma disimpan di dalam server. Ia juga boleh diedit pada bila-bila masa. Jika telah siap sepenuhnya dan bersedia untuk diterbitkan barulah di simpan sebagai publish post.

Kursus IDT419



Kursus IDT419

Kursus Asas Membangunkan Blog di Maktab Kerjasama Malaysia pada 11 April 2011 hingga 13 April 2011 telah dihadiri seramai 37 orang peserta dari seluruh Malaysia.




pengundian sedang dijalankan