Showing posts with label diploma pengurusan koperasi. Show all posts
Showing posts with label diploma pengurusan koperasi. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Final Exam ICT1113


(gambar sebelah tiada kena mengena dengan sesi 2011, ini gambar lama - terima kasih pada empunya gambar)

Alhamdulilah... syukur setelah berhempas pulas selama 14 minggu bersama dengan para pelajar, akhirnya tamat juga semester ini dan selesailah sudah peperiksaan akhir. Markah akhir pun telah selesai dikira dan dihantar untuk diberikan kepada pelajar.

Senang hati, sebab tiada seorang pun yang fail, semua lepas walau pun ada tiga orang yang paras hidung tapi sekurang-kurangnya mereka tidak perlu mengulang. Memang seboleh-bolehnya harapan ku tiada seorang pun yang gagal. Hanya seorang saja yang mampu meraih A, itu pun memang dijangkakan sebab pelajar ini memang cemerlang setiap kali kelas diadakan. A- tolak memang ramai... seronok rasanya melihat pelajar dapat menjawab soalan yang diberi. Bagi ku ini menunjukkan yang mereka faham dan tahu apa yang diajar bukan hanya sekadar datang kelas dan mendengar apa yang diceloteh oleh pensyarah. Cuma dua tiga orang yang datang kelas memang main-main dan sekadar datang kelas dengan otak kosong, dan nahh ini hasilnya hanya paras hidung.

Insyallah tahun depan akan berdepan lagi dengan pelajar baru, kali ini tidak tahu berapa ramai dan berapa kelas.

Monday, July 11, 2011

Pengenalan Teknologi Maklumat

Hari ni bertungkus lumus menyediakan nota untuk topik 2 - perkakasan- input dan output, walaupun badan tengah seram sejuk.. kena habiskan jugak nota ni, kalau tidak dah tak sempat sebab ingat hari Rabu nak cuti. Selesai nota baru teringat... apalah aku beria-ia sangat ni, sedangkan topik 1 pun belum masuk lagi. Lupa pulak minggu lepas tak mengajar, buat suai kenal aja dan cerita tentang silibus je... Tapi tak pe sekurang-kurangnya selamat aku untuk minggu depan. Dapar rehat sikit, boleh cari soalan tutorial dan kuiz pulak.

Macam tula bila kelas diploma dah mula, Tak habis-habis buat persediaan mengajar, bukannya tak bersedia tapi menambah apa yang kurang....

Nota topik 1 ada di sini mylaman.webs.com


Diploma Pengurusan Koperasi

Minggu lepas Khamis, kelas pertama untuk ICT1113 DPK telah mula, mula-mula masuk kelas ramainyaaaa 104 orang. Tiba-tiba ketua kelas bersuara "bangunnnnnn, Assalamualaikum puan". Terkejut aku, semua berdiri dan mengulang apa yang diperkatakan oleh ketua kelas - Mohd Akiff. Lepas salam dijawab, tak seorang pun duduk sehingga disuruh duduk. Aku mula terus memberi tahu, "lain kali kelas akan datang tak payah nak buat macam ni, rasa macam sekolah pulak". Sebenarnya aku rasa macam tak kena pulak buat macam tu. Biarlah dia orang ni dilayan seperti orang dewasa. Ini bukan sekolah lagi kan.

Kelas pertama ni aku tidak berniat untuk mengajar atau memberikan syarahan, cuma untuk berkenalan sahaja. Dari aktiviti yang dijalankan dapatlah aku mengenali hampir 80% dari mereka. Semua negeri ada. Selepas suai kenal aku membincangkan tentang silibus dan apa aktiviti dan assessement yang perlu mereka ketahui.

Diharapkan pelajar kali ni lebih baik dari kelas sebelum ni, good luck wahai student ku